“Tau tak yah beli stand backdrop mahal2, beli paper je letak dkt lantai” – Awal Ashaari

Pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya sering menjadi tumpuan peminat-peminatnya. Bahkan kedua-dua cahaya mata mereka iaitu Lara Alana dan Lyla Amina turut sama popular dalam kalangan netizen. Perkembangan dua puteri Awal dan Scha juga sentiasa dinanti-nantikan oleh netizen. Nampaknya sama popular anak-anak dengan ibu bapanya. Secara umumnya, Scha dan Awal telah lama berkecimpung dalam industri hiburan Malaysia.

Setiap produk jenama terkenal yang mereka perlu review di instagram, pasti berkongsi foto yang cukup cantik dan versatil. Profil Instagram mereka juga penuh dengan foto yang nampak fresh dari hasil photoshoot yang unik.

Buat Scha, kolaborasi bersama jenama popular telah menjadi satu tanggungjawab buat Scha sebagai seorang duta. Fotonya bersama produk berjenama mewah sentiasa dikongsi di Instagram bagi tujuan mempromosikan produk tersebut.

Apa yang menjadi perhatian apabila foto Scha sentiasa kelihatan berseni bersama produk itu. Malah mencuri perhatian Awal.

Respon Scha pada komen Awal dengan memberitahu, ia adalah satu keseniaan.

Betul lah orang kata, seni itu sangat penting. Walaupun ringkas tetapi cukup unik. Dengan hanya menggunakan sehelai kertas, gambar Scha nampak lebih unik dan cantik.

Selain itu, rata-rata netizen memuji Scha yang maintain lawa walaupun telah mempunyai dua cahaya mata perempuan.

“Cantiknya scha ni, anak dua pun tetap slim, foto scha jarang mengecewakan, muka pun memang model”- Netizen

Scha dan Awal antara pasangan selebriti yang menjadi perhatian media dan netizen. Apa sahaja yang mereka lakukan, pasti mencuuri tumpuan.

Sumber: Instagram schaalyahya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!