“Member kata kalau nak buat lagu kena selit nama orang tu, mana tau jodoh” – Khai Bahar

Macam Khai nak bagi hint je dekat para peminatnya kan bahawa status Khai yang single ini akan bertukar kepada dalam perhubungan tidak lama lagi. Min syak sejak kebelakangan ni Khai asyik bagi pickup line je dalam caption foto perkongsian melalui akaun Instagramnya. Pada hujung bulan yang lalu, Khai juga ada mengongsikan gambarnya yang sedang membawa kucingnya ke vet untuk divaksin dan caption yang Khai letak dekat foto perkongsiannya itu juga berbunyi seolah-olah seperti Khai ni dah ada yang punya. Atau itu cuma khayalan min semata-mata?

Dan sekarang, Khai terus membuatkan kepala para followersnya dipenuhi dengan tanda tanya. Caption Khai ni alahai buat netizen bertambah keliru. Sebenarnya semua dah tak sabar nak tahu siapakah gerangannya wanita bertuah yang berjaya memikat hati penyanyi terkenal ini.

Baru je dua jam yang lepas Khai memuatnaik dua fotonya yang sedang memegang gitar namun sudah berjaya mengumpul sebanyak 12,284 likes dan 464 komen. Apa tidaknya, caption Khai ni benar-benar menimbulkan segala persoalan buat para netizen.

Agaknya pasti ramai warganet yang tidak sabar untuk mendengar lagu Khai yang seterusnya disebabkan kata-kata Khai yang terpampang jelas dalam ruangan caption foto perkongsiannya itu.

Nama siapalah agaknya yang Khai pilih untuk menghiasi lirik lagunya yang seterusnya ya?

https://www.instagram.com/p/CUsC9hhPVOg/?utm_source=ig_web_copy_link

Namun yang mencuri perhatian min adalah apabila kebanyakan komen yang diberi datang daripada kaaum hawa. Amboiii, semua pun nak berebut agar nama mereka diselitkan dalam lagu Khai yang akan datang.

Banyak nampaknya netizen yang mahu agar nama mereka menjadi pilihan Khai. Semoga tidak tersalah pilih ya Khai, nanti menyesal seumur hidup.

Ada juga netizen yang tidak lupa untuk memberi komen yang lucu menerusi foto yang dimuatnaik Khai ini.

Nakal juga rupanya kaaum-kaaum hawa ni kan? Tapi sopan je cara ngorat kauum ni. Takde la yang melampau sangat. Paling-paling suruh letak nama mereka je kat lirik lagu Khai tu nanti. Kehkehkeh.

Khai yang setakat ini mempunyai followers Instagram sebanyak 2.1 million, pasti pening kepala jika nak pilih nama dari sini kan? Jangan pening Khai, mana tau jodoh Khai tu sebenarnya berada dalam kalangan followers Khai? Hehehe..

Sumber: Instagram Khai

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!