“Alhamdulillah Kak Nad, teruskan pakai tudung”- Netizen

Bertudung sememangnya wajib bagi memenuhi tuntutan agama islam. Setiap kali wanita bertudung, pasti kelihatan cantik dan manis. Bertudung bukan hanya cantik saja malah kita juga boleh menutup aurat di bahagian kepala seperti dituntut dalam agama Islam. Seperti yang kita lihat sekarang, ramai selebriti wanita menunjukkan minat mereka untuk berhijab termasuklah pelakon Nad Zainal.

Meskipun Nad Zainal hanya mengenakan hijab untuk sesebuah drama, peminat-peminatnya cukup teruja dengan penampilan Nad yang cantik bertudung. Sungguh manis dan cantik pelakon kegemaran ramai ni.

Baru-baru ini, Nad berkongsi foto miliknya yang kelihatan lengkap bertudung di salah sebuah kedai serbaneka.

Foto Nad tersebut menjadi perhatian ramai peminatnya dan turut sama mendoakan agar pelakon kesayangan mereka ini bakal tampil dengan imej bertudung tidak lama lagi.

https://www.instagram.com/p/CUrGCMhp0mn/?utm_medium=copy_link

Tidak kurang juga, ruangan komen pada posting Nad telah dipenuhi reaksi positif daripada netizen.

Sebelum ini, Nad pernah memuatnaik foto dirinya bertudung dan sentiasa mencuri tumpuan.

Bukan itu sahaja, Nad popular dalam kalangan peminat-peminatnya apabila beliau sering berkongsi video pendek lakonannya bersama suami bertujuan mempromosikan produk kecantikan.

Suka betul tengok Nad Zainal bertudung, nampak muda dari usia hehe.. Ramai doakan yang terbaik buat Nad Zainal agar semoga beliau bertudung tak lama lagi.

Sumber: Instagram Nadzainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!