“Memang dia Encik Sotong tp kena ingat dia juga Lan Todak”- Netizen

Pelakon Sharnaaz Ahmad terkenal dengan pembawakan watak Lan Todak menerusi filem Juvaana. Impak daripada filem berkenaan, ramai netizen menggelarkan Sharnaaz dengan panggilan Lan Todak. Mengikuti perkembangan Sharnaaz menerusi laman Instagram miliknya, Sharnaaz aktif di sosial media dan sering menghiburkan netizen dengan gelagat lucunya. Posting yang sering dikongsi Sharnaaz juga sentiasa membuatkan peminatnya ternanti-nanti.

Namun, kecoh laman sosial media baru-baru ini apabila Sharnaaz tiru perwatakan penyanyi Rap, Caprice dengan berpakaian serban diikuti dengan gaya percakapan yang sama seperti Caprice semasa Instagram Live bersama pelakon Shukri Yahya. Gelagat Sharnaaz sekaligus cetus rasa kurang senang Caprice selepas melihatnya.

Caprice telah memuatnaik video screen recording yang memaparkan Instagram Live Sharnaaz bersama Shukri Yahya beserta kapsyen berbunyi sindiran. Caprice juga menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Sharnaaz.

Susulan itu, persengketaan antara mereka sudah berakhir apabila Sharnaaz sendiri telah memohon maaf kepada Caprice menerusi Instagram Story dan permohonan maaf itu telah diterima dengan baik dari pihak Caprice.

Rata-rata netizen berkongsi pendapat mereka menerusi ruangan komen dan ada juga yang mengecaam tindakan Caprice dalam menyelesaikan masalahnya bersama Sharnaaz.

Nampaknya Caprice dan Sharnaaz pun dah berbaik semula. Semoga hubungan mereka lebih baik selepas ini.

Sumber: Instagram Caprice

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!