“Aku rasa keluarga Aeril ni 24 jam hadap phone berjoget tiktok”- Netizen

Aplikasi Tiktok semakin menjadi tumpuan ramai sejak akhir-akhir ini. Selain Instagram, Twitter dan Facebook, Tiktok kini menjadi satu medium buat pengguna aplikasi itu untuk berkongsi video dan tips yang seiring dengan trending semasa. Dari Tiktok juga ramai telah mula melebarkan sayap perniagaan mereka melalui posting video yang kreatif.Tidak terkecuali, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal turut sama terjebak dengan trending Tiktok sehingga menjadi perhatian netizen.

Ada sahaja video Tiktok pasangan romantik itu yang telah viral. Malah mereka juga sentiasa aktif Tiktok bersama anak-anaknya.

Malah baru-baru ini, salah seorang netizen telah memberi komen mengatakan keluarga Aeril sentiasa aktif bermain Tiktok pada posting video Tiktok yang dikongsi Aeril di laman Instagramnya.

Komen netizen tersebut telah menarik perhatian Aeril, lantas Aeril terus spontan memberi komen.

Rata-rata netizen yang melihat respon spontan Aeril terhadap komen tersebut terhibur dan mengusik Aeril. Netizen lain juga turut mngalkan komen dengan pelbagai respon.

“Ayaa tengok pelik je mak pak dia haha, Alahai family tiktok ni, macam macam ye korang ni hihi”- Netizen

Selain video itu, baby bump Wawa turut menjadi perhatian netizen. Wawa kini sedang hamil dan bakal melahirkan anak keempatnya tidak lama lagi.

Kalau dah lahir anak keempat Wawa dengan Aeril, confirm lagi meriah video tiktok diorang nanti hehe..

Sumber: Instagram Aeril zafrel

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!