“Somi berkorban tido dkt bawah nk bg mama dan manja selesa tido” – Elly Mazlein

Pelakon dan pengacara terkenal iaitu Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi yang kini sedang hamil tujuh bulan sebelum ini pernah berkongsi dengan para peminat bahawa pengalaman kehamilan kali ini amat berbeza dengan kehamilan pertamanya sekitar lima tahun lalu dan tidak menolak jika ianya ada kena-mengena dengan faktor usia.

Elly Mazlein yang kini lebih mesra dengan panggilan Kak Lina, berkata beliau cepat merasa letih pada kehamilan kali ini dan mungkin perkara tersebut berlaku kerana beliau mengandung di usia 40-an. Malahan baru- baru ini beliau juga telah dimasukkan ke hspital kerana mempunyai masalah pada bahagian belakang badan dan melakukan prosedur Pengimejan Res0nans Mgnetik (MRI).

Menyedari para peminat meluahkan rasa bimbang terhadap keadaan kandungan beliau, penyanyi itu bagaimanapun menerusi laman Instagram memaklumkan kepada para peminat beliau bahawa bayi yang dikandungnya berada dalam keadaan baik malahan hasil pemeriksaan mendapati bayi dalam kandungannya juga sihat.

Pelakon drama Kampung People itu berkata beliau memilih untuk melakukan ujian (MRI) bagi mengetahui dengan lebih jelas tahap kesihatan dirinya.

Berkongsi muatnaik terkini di Instagram, Kak Lina menitipkan rasa syukur kerana beliau telah dikurniakan seorang suami dan anak yang sangat baik. Menerusi entri di laman Instagram, Kak Lina telah berkongsi sekeping gambar yang memaparkan anak perempuannya Sefhia sedang menyediakan tempat tidur untuk bapanya di dalam bilik.

Melihatkan keadaan tersebut, beliau merasa sebak dan meluahkan perasaan terharu melihat sikap saling mengambil berat yang telah dipupuk di dalam keluarga kecilnya.

Suami dan anaknya itu mengambil kira keadaan dirinya yang sedang berbadan dua dengan memberikan keselesaan semasa tidur kepadanya.

Kata pelantun lagu Bunga Bakawali ini lagi, beliau merasa terharu dengan pengorbanan suaminya itu dan turut menzahirkan penghargaan buat suaminya yang begitu memahami keadaan dirinya dengan perut yang semakin membesar.

Menjengah keruangan komen pula, rata- rata netizen mendoakan supaya urusan kehamilan Kak Lina di permudahkan dan diberikan kelancaran.

Para peminat juga gembira mendengar keadaan terkini Kak Lina yang sedang di ulit kebahagiaan menantikan kelahiran cahaya mata pertama hasil perkahwinan yang kedua ini bersama Cikgu Azlan. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

“Semoga kaklina elly mazlein dan suami cikgu azlan ,serta keluarga sentiasa berkasih syg dan bahagia bersama hingga ke syurga.amin” – Netizen

“Masa peknen dlu pun husband tido bawah. Lama sgt sbb lepas bersalin pun dia tdo bawah juga. Sbb saya tido ngan baby and anak pertama. Tq suamiku “ – Netizen

Terdahulu, Kak Lina dan Cikgu Azlan telah mendirikan rumahtangga pada 18 Januari tahun lalu. Kak Lina pernah keguguran dan bersyukur di berikan peluang untuk hamil sekali lagi.

Kehamilan kali ini adalah hadiah paling bermakna buat Kak Lina sekeluarga. Selain suaminya, anak perempuan Kak Lina juga tidak sabar untuk mempunyai adik. Kak Lina di jangka bakal bersalin sekitar bulan November nanti.

Sumber : Instagram iamellymazlein

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!