“Mata dia meliar cari mama”- Netizen

Buat para peminat dunia solekan, pastinya mengenali pemilik nama MUA Bellaz. Pemilik nama sebenar Nur Nabila Zulyadaini dikenali ramai kerana bakat solekan yang dimiliki oleh beliau. Nama beliau juga tular kerana kepetahan beliau sewaktu sesi siaran langsung berinteraksi bersama para peminat beliau sambil memaparkan gaya solekan buat para pengikut selama ini.

Sebelum berjaya seperti hari ini anak jati Kedah itu juga sebelum ini pernah melalui episode duka apabila menerima pelbagai kecaman yang mengkritik hasil solekan beliau.

Meskipun ada yang kurang senang dengan beliau, namun ianya tidak pernah memudarkan semangat wanita ini untuk terus berusaha demi keluarga tercinta.

Namun beliau bertuah kerana memiliki suami yang tidak jemu mendokong dan memberikan nasihat buat beliau untuk meneruskan minat tersebut.

Beliau juga yang baru bersalin pada 29 Julai yang lalu memperkenalkan anak bongsunya itu kepada para pengikut Instagram dengan memberi nama anaknya Nur Asywara Nealofaa.

Malahan Neelofa sendiri m3ningg4lkan komen di salah satu gambar anak MUA Bellaz itu setelah menyedari nama anak rakannya itu hampir serupa dengan namanya. Balas Bella pula, beliau sememangnya mengambil inspirasi daripada nama usahawan terkenal itu untuk di berikan buat anaknya.

Terbaru, Bella berkongsi hantaran terbaru di Instagram beliau yang memaparkan anak bongsunya Nealofaa sedang menjalani sesi fotografi sebagai kenangan. Anak bongsunya itu di lihat sedang di kelilingi props yang berupa buai, berlatar belakang warna hijau.

Ketika sesi fotografi berkenaan di rakamkan, mata bayi comel itu yang melilau seolah- olah mencari ibunya menjadi perhatian netizen.

Menjengah keruangan komen, para peminat dan pengikut beliau memuji wajah bayi Naelofaa yang sangat putih dan gebu. Kecantikan wajah bayi Nealofa juga sering menjadi bualan netizen, terutamanya ramai yang memuji mata bayi berkenaan.

Netizen juga gembira melihat bayi berkenaan yang semakin sihat dan turut mendoakan kesejahteraan beliau dan anak perempuannya itu. Berikut di kongsikan komen- komen yang di tulis oleh netizen buat bayi comel berkenaan.

Mudah- mudahan Nur Aisywara Nealofaa membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa membanggakan kedua ibu bapa beliau. Kulit putih gebu cantik sangat baby seindah namanya juga.

Sumber: ig muabellaz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!