“Masyallah sedap sgt nama cutie pie”, Lisa Surihani dedah nama anak ketiga

Baru-baru ini Datuk Yusry telahpun membuat pengumuman mengenai kelahiran anak ketiganya dengan berkongsi sekeping gambar beberapa barangan bayi lelaki yang tertera “it’s a boy” namun masih belum mendedahkan wajah bayi mahupun nama anak ketiganya itu. Perkongsian itu dibuat oleh Datuk Yusry menerusi instagram beliau. Menurut beliau lagi, isterinya dan bayi mereka kini berada dalam keadaan sihat.

Menariknya hari kelahiran anak ketiga Datuk Yusry itu telah jatuh pada tarikh yang sama dengan hari ulang tahun kelahiran beliau sendiri.  Datuk Yusyr juga tidak lupa memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi di atas hadiah hari jadi yang paling bermakna itu.

Datuk Yusry mendirikan rumahtangga bersama pelakon Lagenda Budak Setan iaitu Datin Lisa Surihani pada tahun 2012. Hasil pernikahan mereka selama 9 tahun, mereka kini dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Bersempena hari ketujuh kelahiran, menerusi instagram Datin Lisa baru sahaja mengumumkan nama anak ketiga mereka itu.

Pasangan berkenaan sepakat memberi nama Yunos Laith Bin Yusry di mana Yunos membawa maksud salah seorang nama nabi. Manakala Laith pula bermaksud berani seperti singa.

Datin Lisa juga mengungkapkan rasa bertuah kerana anaknya itu juga telah lahir pada 15 Jun yang lalu bersamaan dengan hari ulang tahun kelahiran suaminya.

Sebelum mengakhiri ucapan beliau, Datin Lisa turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih terhadap sahabat dan para peminat yang tidak putus mendoakan dan memberikan ucapan tahniah kepada mereka berdua di atas kelahiran bayi ketiga itu.

Rata-rata rakan artis dan juga para peminat memuji nama pilihan pasangan berkenaan dan mendoakan ketiga-tiga anak pasangan berkenaan membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.

Ruangan komen di instagram beliau dihujani ucapan tahniah atas kelahiran anak ketiga. Berikut dikongsikan komen rakan-rakan artis dan juga para peminat beliau.

Tahniah buat Datuk Yusry dan juga Datin Lisa atas kelahiran cahaya mata ketiga mereka. Seronok juga jika punyai tarikh kelahiran yang sama dengan ahli keluarga yang lain.

Meriah majlis hari jadi. Nanti tahun depan boleh sambut dan buat majlis hari jadi bersama anak. Selamat berpantang juga diucapkan buat Datin Lisa.

Sumber : ig lisa surihani

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!