“MasyaAllah tgk Lisa surihani tak pakai mekap lagi sejuk mata memandang”- Netizen

Pelakon Lisa Surihani sememangnya antara pelakon wanita yang paling cantik di Malaysia. Kecantikan beliau yang semulajadi membuatkan ramai peminat suka melihatnya. Dari awal pembabitan Lisa dalam dunia lakonan, ramai peminat sudah mula menyukainya dan bukan sekadar wajah yang cantik sahaja malah lakonan beliau pun cukup hebat. Korang pun mesti peminat Lisa kan?

Melihat perkembangan Lisa yang terkini, beliau lebih banyak menguruskan anak-anak dan rumah tangganya selepas berkahwin. Lisa juga sudah kurang melibatkan diri dalam bidang lakonan dan hanya muncul di kaca televisyen u tuk beberapa kali sahaja.

Baru-baru ini, Lisa muncul sebagai hos jemputan bagi rancangan Melet0p dan ada juga dijemput sebagai tetamu undangan di Sepahtu Reunion Live bagi episod raya haji sebelum ini.

Bukan itu sahaja, posting video terbaru Lisa yang dikongsi di Instagram telah menarik perhatian ramai netizen yang melihatnya.

Video tersebut yang dirakam oleh salah seorang jurumekap professional telah memperlihatkan momen Lisa ketika sesi bergambar. Ayu dan kecantikan semulajadi buat Lisa.

Kalau tanpa solekan pun, Lisa memiliki kecantikan semulajadi. Kalau ditambah dengan solekan, memang berganda cantik Lisa hehe.. Sukanya tengok Lisa.

Malah penampilan Lisa yang kini bertudung dan menutup aurat membuatkan ramai netizen suka dengan perubahan beliau.

Lisa antara selebriti Malaysia yang sudah berhijrah dan penghijrahannya menjadikan beliau lebih cantik dengan bertudung labuh serta lebih sopan.

Video dikongsi Lisa di Instagram miliknya telah menerima 400,000 tontonan dan 668 komen sejak dimuatnaik Isnin. Ramai netizen membanjiri komen memuji kecantikan Lisa.

Cantiknya Lisa walaupun dah bertudung litup sekarang. Nampak tenang je tengok Lisa. Alhamdulillah dah berhijrah lebih baik Lisa sekarang.

Sumber: Instagram lisasurihani

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!