“Boleh gabung ngn Bell Ngasri, lawak nnti tk boleh bwk bincang” – Netizen

Bakat ini adalah satu kebolehan yang dimiliki oleh seseorang. Ada orang kata bakat ini datang dari minat yang mendalam. Apabila sesuatu perkara itu menjadi minat seseorang, dia akan mengasah minat tersebut sehingga menjadi bakat. Namun, ada juga terdapat segelintir orang yang dimana bakat mereka adalah bakat yang terpendam semenjak lahir. Dan ada juga bakat yang diturunkan dari ibu bapa mereka.

Seperti kita kenali, Nabila Huda adalah seorang selebriti yang berkaliber. Beliau bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan tetapi beliau juga punyai bakat dalam menyanyi dan pengacaraan. Beliau yang memulakan karier dalam industri seni sejak 2001 telah berjaya membina nama melalui banyak watak dalam berbagai filem terutama sekali watak antagonis.

Semua peminat sentiasa menunggu lakonan beliau keluar di kaca televisyen. Ini kerana Nabila Huda sangat menghayati watak yang dibawa untuk dipertontonkan oleh peminatnya.

Baru-baru ini beliau mengongsikan sebahagian babak dimana beliau sedang berlari di kejar “z0mbi”.

Di lihat didalam video tersebut, Nabila Huda sedang berlari ketakutaan kerana dikejar z0mbi. Namun, yang menghiburkan itu adalah larian Nabila Huda seperti lari-lari anak sahaja.

“My morning cardio” gurau Nabila dalam kapsyen beliau menunjukkan beliau berlari itu kononnya memenuhi waktu senamannya di waktu pagi.

Netizen sangat terhibur dengan gelagat yang dikongsikan Nabila Huda di laman ignya. Rakan artis juga sangat terhibur melihat video tersebut termasuklah Dato’ Siti Nurhaliza.

Netizen juga memberi pendapat jika Nabila Huda digabungkan dalam lakonan bersama Bell Ngasri, pasti drama lakonan mereka akan lagi kelakar.

Ini kerana Bell Ngasri juga sangat berbakat dalam melakonkan watak kelakar dan juga antagonis sama seperti Nabila Huda.

Seseorang seperti Nabila Huda sememangnya berbakat. Selain sedang menjayakan drama tv3 Pak Kodi Goodbye Kampung Kalut, beliau juga menjadi seorang pengacara untuk rancangan tv Melodi. Semoga terus sukses dalam bidang yang disayangi dan sentiasa hiburkan netizen.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!