“Model kecik tu ikut muzik gaiss”- Netizen

Siapa sahaja yang tidak mengenali satu-satunya puteri kesayangan Dato Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah yang sentiasa menceriakan kehidupan sekeluarga. Kehadiran Aafiyah buat Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid cukup bermakna. Selain Aafiyah, Afwa si cilik juga pelengkap hidup buat mereka sekeluarga. Melihat keluarga ini cukup bahagia dan saling menyayangi.

Kita sedia maklum, Siti Nurhaliza atau gelaran mesra Tokti ini mempunyai populariti yang luar biasa di Malaysia. Sejak adanya dua orang cahaya mata iaitu Aafiyah dan Afwa, kedua-duanya menjadi perhatian netizen dan peminat mereka.

Lebih-lebih lagi apabila gelagat Aafiyah yang comel itu sering menjadi tumpuan di laman sosial media. Apabila Aafiyah kini sudah menginjak usia 4 tahun dan semakin membesar dengan sihat, si cilik ini semakin pandai mengikut rentak ibunya.

Aafiyah pun kelihatan bijak dan sentiasa membantu mempromosikan produk perniagaan milik ibunya sendiri. Tak dinafikan, hubungan dua beraanak ini sememangnya rapat dan sentiasa bersama apabila ke mana-mana.

Baru-baru ini, video di posting Instagram Tokti telah mencuri tumpuan apabila video yang asalnya bertujuan untuk mempromosikan produk perniagaan itu menunjukkan gelagat comel Aafiyah yang pandai mengikut rentak lagu sambil dirakam oleh kamera.

Melihat gelagat Aafiyah itu, rata-rata netizen suka melihat si cilik ini apabila berada di hadapan kamera. Tak perlu ikut skrip, dah pandai dah dia promote produk ibunya..

Malah posting Tokti tersebut telah mencapai 63,000 tontonan dan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.

Aafiyah si cilik ini sememangnya rajin menolong ibunya, dah bergelar kakak sulung memang nampak ciri-ciri pada Aafiyah.

“Paling comei opkos lah Aafiyah, comel Aafiyah tu, hahaha geram tengok Aafiyah comel je”-Netizen

Lepas ni boleh lah Aafiyah jadi model untuk produk ibu dia.. Mesti laku keras bila Aafiyah jadi model si cilik.

Sumber: Instagram ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!