“MasyaAllah pak andam peribadi” – Netizen

Bukan sahaja sebagai suami, jadi pak andam pun boleh, Ilitu yang dilihat pada aktor berkulit cerah, sado dan tinggi lampai yang baharu mendirikan rumah tangga dengan aktres, Nad Zainal ini. Rupanya Ungku Ismail Aziz pun boleh membegakan isteri tersayang. Lihat saj4lah gayanya membetulkan tudung Nad itu. Kelihatan profesional saja penampakannya…

Maklumlah baharu bergelar pengantin baharu yang mana bernikah 23 Januari lalu, Nad pun masih kelihatan malu-malu apabila mendapat layanan sebegitu rupa daripada suami tersayang.

Bersemut habis pasangan merpati dua sejoli sama cantik sama padan ini. Tak sangka pula Ungku Ismail pun pandai menggayakan wanita dengan membetulkan pemakaiannya. Anak seni sungguh…

“Sweet sgt nanad ngan ungku…ungku sdiri yg setelkan nanad…helok sgt…till jannah both of you.”, “kami yg tgk ni tersengeh sorg²”, “Mcm kitalah, kalau laki btlkan rambut auto kita jadi pemalu.”.

“Masya Allah pak andam peribadi”, “Sweet laa,dah halal ,ok lah nak pegang mana pon ”, “Ala ala sweetnyeee..laju dia upload. Hehe”, “Sukanye tgok dorang , sepadan sgt”, “Nampak dia bahagia sgt drpd raut wajah. Until jannah Nad n Ungku”.

Itu antara komen netizen. Tampaknya ramai tumpang happy melihat kebahagian Nad dan Ungku Ismail ini. Tak kurang juga yang mendoakan agar kebahagiaan mereka berpanjangan hingga ke jannah.

Terdahulu daripada caranya membetulkan tudung Nad itu, tak kurang netizen yang bersetuju memang jelas kelihatan sayangnya Ungku Ismail pada isteri tercinta. Ketara keikhlasan dari raut wajahnya.

Mendirikan rumah tangga kali pertama pada tahun 2015, pada awal September tahun lalu Nad mengesahkan yang dirinya sudah berpisah dengan bekas suami, Muhammad Faliq Amirullah.

Sementara itu, bukan sahaja berlakon, pemilik nama sebenar Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz ini juga seorang pengarah dan pengacara. Ungku Ismail memulakan kerjayanya dalam lakonan sejak 2006.

Ungku Ismail mula dikenali menerusi drama rantaian slot Akasia di TV3 iaitu Teman Lelaki Upahan dengan memegang watak sebagai Ezwan Lutfi. Apa pun didoakan moga kebahagiaan Nad dan Ungku Zainal berkekalan selamanya…

Sumber : IG Nad Zainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!