“Eloklah ambil pasangan masing2 yg halal”- Netizen

Bulan ramadan bakal menjelang tidak lama lagi. Banyak jenama tempatan yang menjual pakaian raya sudah mula mempromosikan produk dan ada juga di antara kita yang sudah mula membeli baju bagi persiapan raya. Jika kita lihat di laman sosial media, setiap masa dipenuhi dengan posting iklan baju raya yang cantik-cantik.

Rambang mata tatkala melihat baju-baju raya yang cantik berwarna warni. Debaran bulan ramadan dan bulan raya pun dah kian terasa kan?

Posting video selebriti mempromosikan pakaian raya pun menjadi perhatian ramai netizen memandangkan peng4ruh selebriti adalah salah satu teknik marketing buat sebahagian syarikat berjenama terkenal.

Salah seorang selebriti yang sentiasa mempromosikan pakaian raya antaranya Shukri Yahya dan Hannah Delisha. Baru-baru ini, Hannah memuatnaik video beliau bersama Shukri yahya bagi sesi bergambar untuk produk pakaian raya.

Menerusi video berkenaan, jelas menunjukkan kemesraan antara Hannah dan Shukri di set penggambaran dalam studio.

Kemesraan Hannah dan Shukri hanyalah untuk gambar promosi produk pakaian raya sahaja. Namun gelagat mesra Hannah dan Shukri Yahya menimbulkan rasa kurang senang oleh sebahagian netizen.

Ada sebahagian netizen memberi teguran supaya sesi bergambar dibuat bersama dengan pasangan masing-masing yang sudah berkahwin supaya nampak lebih manis.

Sementara itu, video Hannah telah mencapai 782,000 tontonan dan 688 komen daripada netizen.

Rata-rata netizen turut memuji wajah cantik Hannah dan pakaian raya yang dipakai beliau. Memang terus rasa nak beli lepas tengok baju raya yang Hannah pakai hehe..

Tak sabarnya bulan puasa dah nak dekat, raya pun mesti meriah tahun ni. Korang dah ganti puasa ke belum? hehehe..

Sumber: Instagram Hannah Delisha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!