“MasyaAllah cantiknya Fazura, teruja tgk bertudung dan handsock jgk” – Netizen

Pelakon Fazura yang semakin aktif dalam bidang perniagaan baru-baru ini telahpun melancarkan koleksi tudung terbaru dibawah jenamanya. Pelancaran tudung berkenaan bukan sahaja meraih sambutan yang amat menggalakkan malahan juga pelakon berkenaan dipuji oleh netizen kerana menghasilkan tudung yang berkualiti tinggi dengan harga yang sangat murah. Kerjaya lakonan dan peragaan yang terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana PKP juga digunakan sebaiknya oleh Fazura untuk meluangkan masa dengan buah hatinya Nur Fatima Aisya.

Kehadiran puteri sulung mereka yang dilahirkan pada bulan Oktober tahun lalu menjadi penyeri dalam kehidupan beliau dan suaminya Fattah. Tiada kata yang dapat menggambarkan kegembiraan rumahtangga dan kehidupan mereka berdua apabila dikurniakan cahaya mata pertama itu.

Menjengah ke media sosial peribadi milik pelakon ini, selain daripada mempromosikan beberapa barangan kosmetik dan produk yang dikeluarkan dibawah jenama beliau, kebanyakkan perkongsian yang dibuat oleh pelakon ini bersifat positif.

Fazura dilihat menggunakan sepenuhnya pengaaruh beliau sebagai seorang artis untuk memberikan galakan dan motivasi dalam kalangan masyarakat. Para peminat beliau juga turut terhibur dengan gelagat lucu anaknya Fatima yang adakalanya turut di kongsikan oleh Fazura menerusi instagram story beliau demi tatapan peminat setia yang merindui wajah comel anaknya itu.

Bersempena perayaan Aidiladha yang disambut oleh umat islam hari ini, beberapa selebriti memuatnaik gambar bersama keluarga buat tatapan para peminat mereka di media sosial. Tidak ketinggalan berkongsi gambar bersama keluarga ialah pelakon Fazura bersama Fattah dan anaknya Nur Fatima.

Perkongsian terkini Fazura memaparkan penampilan terbaru pelakon berkenaan yang semakin sopan bertudung dan memakai sarung tangan menarik perhatian para netizen yang kagum dengan kejelitaan yang dimiliki oleh isteri Fattah Amin itu.

Meskipun berpakaian serba sederhana namun penampilan terbaru Fazura itu begitu menarik perhatian para peminat beliau.

Walaupun Fazura masih belum mengumumkan beliau telahpun bertudung sepenuhnya namun beliau meminta agar para pengikut media sosialnya terus mendoakan beliau supaya istiqamah dan berubah secara perlahan-lahan.

Kehidupan keluarga pasangan Fazura dan Fattah Amin yang sangat sederhana dan tidak terlalu menonjol itu sangat dikagumi oleh para peminat mereka.

Gambar keluarga yang dikongsikan oleh Fazura itu mendapat sehingga 165,000 tanda suka dan menerima 1547 komen daripada para peminat dan pengikut instagram beliau. Rata-rata peminat Fazura juga memuji kejelitaan wajah pelakon Piisau Cukur itu yang kelihatan sangat menyerlah apabila mengenakan tudung dan menutup aurat. Berikut dikongsikan komen para peminat mengenai gambar Fazura sekeluarga.

Personaliti pelakon tersebut yang sangat mesra dan sepi dari sebarang kontroversi setelah mendirikan rumah tangga membuatkan para peminat sentiasa menjadikan beliau sebagai inspirasi.

Fazura juga sebelum ini pernah meminta agar para peminat terus mendoakan beliau semoga istiqamah bertudung. Semoga ibu Fatima dan isteri kepada Fattah Amin ini akan terbuka hati untuk kekal mengenakan hijab.

Sumber : ig miss fazura

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!