“Comel je tengok sis berdua”- Netizen

Tidak dapat dinafikan, setiap kali melakukan aktiviti dengan kawan rapat, sudah tentu aktiviti tersebut akan menjadi lebih menggembirakan dan lebih bermakna. Bila dah ada member jadi seronok sikit lah nak bekerja tu. Banyak perkara yang boleh dilakuakan bersama-sama. Korang suka tak buat kerja dengan member korang ?

Bila dah ada member bersama, kerja rumit pun jadi mudah. Masa yang lama pun akan jadi lebih singkat, dek kerana ada member yang boleh diajak bersembang sana sini. Jadi makin seronok lah kan ? Boleh buat itu ini dengan rakan-rakan.

Time buat kerja, dapat lah juga bersembang dengan mereka. Tak deklah stress sangat. Sekurang-kurangnya dapat berborak bila break. Bukan berborak sampai lupa kerja, tapi borak bila rasa nak take a break. Sebentar saja.

Ada dimuat naik video Azza Elite dan juga Abby Abadi yang sedang duduk di booth sempena dengan ekspo yang ada di Singapore. Haa, rasanya ramai juga yang sudah sedia maklum akan ekspo kali ini. Ramai rakan artis yang turut hadir bersama pada ekspo kali ini.

Yang menjadi lucu nya, setelah melihat telatah dua orang sahabat tu yang berborak-borak. Bukan main kencang lagi eh korang berdua berborak. Apa yang diborakkan nya tu pun taktahu. Comel je tengok telatah dua orang sahabat ni.

Netizen pun duk gurau-gurau katanya nak beli sejadah yang tergantung dekat belakang tu.Yang warna biru dan juga merah katanya. Hehe, macam jual-jual di live Tiktok dan Instagram kan ? Korang semua mesti dah biasa kan tengok live macam tu.

Beli ya jangan tak beli. Bukan kalang-kalang orang yang menjual tu. Mana tahu boleh dapat sign atau autograph dari mereka semua kan. Dah ada depan-depan ni, time nilah nak berjumpa dan bergambar. Selama ni tengok dalam tv jelah ye.

Ramai rakan artis yang turut hadir ke sana. Bagi mereka yang turut hadir dan ada masa lapang, bolehla bersama-sama memeriahkan lagi booth dan tengok apa yang ada pada event kali ini. Semua nya meriah dan menghiburkan.

Tak beli pun takpa, datang bawa diri dan untuk usha-usha pun takpa kan ? Korang yang ada di kawasan berdekatan, ayuh meriahkan lagi suasana di ekspo akhir tahun ni. Bawaklah famiy, sanak saudara jiran tetangga korang sekalian ke sana. Betul tak ?

Sumber : Ig Azzaelite

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!