“Masa ni I kat mana” – Neelofa

Biasanya bagaimana suami, begitulah isterinya. Ya lah… Suami kan teladan buat isteri. Memang beruntunglah mereka yang berjaya hatinya ‘dijaga’ dengan baik. Seperti pasangan selebriti, Neelofa dan PU Riz ini, dek si suami nampaknya sering membahagiakan isterinya, bila berbuat demikian di media sosial pun terasa sampai rasa manis itu. Misalnya, kalau tak Neelofa, PU Riz sendiri suka betul buat pick up line dan berkongsi di medsos.

Seperti dalam perkongsian video PU Riz, dalam kesibukannya sempat lagi Neelofa menyelit di ruangan komen hantaran tazkirah suaminya itu dengan pertanyaan, “Masa ni I kat mana ya?” Menariknya jawapan balas PU Riz.

Dengan pick up line, tanya PU Riz, bukan isterinya dah tau ke yang dirinya itu dalam ‘hati’ nya dengan meletakkan emoji sebentuk hati berwarna merah. Wah… Lain macam jawapan buat isteri tersayangnya kan…

Sweet betul pasangan suami isteri dengan Bilal anak mereka yang menjadi penyeri rumah tangga ini. Jika diikutkan sebelum ini pun memang sering PU Riz mahupun Neelofa yang berkongsi content sweet mereka berdua.

Nampaknya komen Neelofa dibalas PU itu juga menarik perhatian hingga mendapat ribuan ‘likes’ daripada netizen. Tak kurang yang menyambung respons di ruangan komen itu tatkala merasakan ada aura ‘bersemut’ di situ.

Terdahulu dalam video dikongsikan PU Riz, dia menyampaikan tazkirah tentang kebaikan seseorang yang menangis. Bukan menangis sebab harta mahupun makhluk lain, tetapi menangis kerana Allah.

Tak kurang yang menghargai perkongsian itu kerana merasakan diri sudah lama tak menangis keranaNya. Ya lah.. kalau bukan golongan ada ilmu agama seperti PU ingatkan, siapa lagi jika tak diri sendiri dan Dia menunjukkan ‘jalan’.

“MasyaAllah terbaik, terima kasih atas peringatan ini”, “Ya.. kadang2 tahan nak menangis. Menangislah kerana Allah”, “Mengalir air mataku”, “Thanks for the reminder”, “Benar2 touching dibuatnya”, “Boleh lembutkan hati yg keras”. Itu antara komen netizen.

Moga lebih banyak perkongsian bermanfaat buat netizen di alam maya ini ya PU Riz… Padanlah Neelofa boleh jatvh hati padanya, dengar PU Riz sampaikan tazkrah pun dah bikin ‘cair’ dibuatnya. Moga kebahagiaan buat mereka berdua.

Pada 27 Mac 2021, Neelofa selamat melangsungkan ikatan pernikahan dengan PU Riz dalam sebuah majlis akad nikah di ibu negara. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.

Sumber : IG PU Riz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!