“Suka betul rambut kerinting dia” – Netizen

Pelakon cantik Anzalna Nasir nyata memiliki para pengikut dan peminat beliau yang tersendiri. Manakan tidak, biarpun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen dengan sebarang naskah lakonan baru, namun pelakon wanita yang baru berhijab ini masih lagi mendapat perhatian para peminat beliau jika ada sahaja perkongsian terbaru beliau di laman social Instagram.

Anzalna kini lebih selesa untuk memberikan focus dengan membesarkan dua orang cahaya mata di rumah. Namun begitu, di masa terluang Anzalna juga sering berkomunikasi dengan para peminat degan menggunakan platform media sosial.

Anzalna yang juga duta tudung 4rwah Siti Sarah kini bahagia membesarkan anak keduanya iaitu Emirhan yang baru saja di lahirkan pada bulan Mei yang lalu.

Terdahulu, Anzalna dan suami, Mohamad Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan dua anak lelaki, Mohamad Eidress, 3, dan Mohamad Emirhan yang baru dilahirkan pada 20 Mei lalu.

Menerusi perkongsian terkini pelakon tersebut di laman instagramnya, Anzalna memuatnaik satu video yang memaparkan beliau dan anaknya Eidress datang melawat suaminya yang sedang mengadakan pameran kendeeraan di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur.

Gelagat anaknya di dalam video tersebut menarik perhatian para pengikut akaun Instagram Anzalna. Apatah lagi dengan keunikan rambut anak sulung Anzalna itu yang memiliki rambut yang sangat kerinting sejak daripada kecil.

Dalam pada itu, aktres berumur 34 tahun turut diajukan soalan tentang golongan selebriti yang memilih untuk tidak mendedahkan wajah anak.

Kata pelakon drama Memori Cinta Suraya, setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Namun beliau sendiri gembira bila dapat berkongsi kebahagian dengan semua. Beliau juga gembira menerima doa yang baik- baik daripada para peminat.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen berkata mereka amat tertarik untuk melihat rambut anak lelaki Anzalna itu.

Malahan mereka juga memuji keunikan rambut kanak- kanak berkenaan dengan menyamakan rambut kanak- kanak tersebut dengan anak kacukan. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Sebelum ini, rambut anak Anzalna ini sering menjadi bualan para peminat beliau. Menyingkap hantaran pelakon cantik tersebut sebelum ini di Instagram, beliau pernah meluahkan hasrat meminta anak lelakinya itu membesar menjadi seorang lelaki yang setia.

Memetik beberapa komen pengguna laman social, netizen berkata Anzalna tidak perlu khuatir mengenai perkara berkenaan kerana lelaki yang memiliki rambut kerinting atau botak kebiasaannya merupakan seorang lelaki yang setia.

Sumber : ig Anzalna Nasir

Artikel ini di sediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!