“Makin cantik la lepas bersalin ni”- Netizen

Nama pelakon Elisya Sandha semakin di kenali setelah membawakan watak sebagai Norma menerusi drama Ratu Ten Pin. Mengikuti jejak langkah kakaknya yang merupakan seorang pelakon berbakat besar iaitu Fasha Sandha, Elisya juga sentiasa mengambil serius dalam kerjaya lakonan yang di binanya apabila sanggup mengambil seorang jurulatih peribadi demi menjayakan watak dalam drama berkenaan.

Kini wajah Elisya juga kerap menghiasi drama melayu. Nama Elisya sebelum ini juga mula meningkat naik setelah lakonan beliau bersama Izzue Islam dalam drama Nasi Kerabu untuk Che Abe mencuri perhatian penonton.

Elisya mendirikan rumahtangga bersama anak sulung kepada Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada 21 Ogos tahun lalu. Elisya juga merupakan menantu kepada pelakon dan pengarah terkenal Sheila Rusly.

Elisya dan Uzair menerima kehadiran cahaya mata sulung mereka pada 19 Jun yang lalu. Puteri Sulung mereka itu di beri nama Bunga El-Haq.

Dedah Elisya lagi, nama berkenaan merupakan kombinasi nama yang di cadangkan sendiri oleh ibu mertuanya Sheila Rusly dan juga merupakan gabungan nama Elisya dan juga suami.

Elisya juga sebelum ini berkongsi bahawa ibu mertuanya juga sudi untuk menjaga beliau ketika proses berpantang.

Sepanjang menjalani proses berpantang di rumah Sheila, Elisya sering memuatnaik masakan pantang yang di masak oleh ibu mertuanya itu.

Untungnya Elisya di jaga dengan penuh kasih sayang. Menerusi hantaran terbaru Elisya di Instagram, beliau berkongsi gambar bersama anaknya Bunga El-Haq.

Menjengah keruangan komen, rata – rata Netizen memuji penampilan terbaru pelakon Ratu Tenpin berkenaan. Malahan ramai yang berkata bahawa kejelitaan pelakon tersebut lebih menyerlah setelah bergelar seorang ibu.

Bunga yang baru memasuki usia 2 Bulan itu semakin comel dan memiliki kulit yang putih gebu seperti ibunya. Berikut di kongsikan komen- komen netizen terhadap perkongsian Elisya Sandha berkenaan.

Netizen kata nampak semakin cantik Elisya ni setelah melahirkan anak. Aura seorang ibu menyebabkan kejelitaan pelakon tersebut semakin menyerlah. Kebahagiaan yang di kecapi oleh pelakon berkenaan kini turut di rasai oleh para peminat beliau.

Sumber: ig elisya sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!