“Bukan beshe2 Langkawi dia ekk”- Netizen

Bila ada anak-anak kecil ni, pening juga kepala ibu bapa nak melayan karenah mereka. Lebih-lebih lagi jika ibu bapa dua-duanya bekerjaya. Kadang-kadang tak menang tangan nak uruskan hal anak-anak. Pun begitu ada juga ibu bapa yang bekerja di luar waktu pejabat contohnya seorang artis. Jadual kerjanya tidak sama dengan orang lain.

Macam inilah ibu bapa yang terpaksa bekerja di waktu malam. Jadi anak-anak tidak dapat meluangkan masa bersama mereka ketika waktu malam. Sedih juga tapi nak buat macam mana lagi kan, demi kerjaya.Nanti dah siap kerja, boleh lah luang masa bersama.

Setiap pekerjaan pasti banyak cabarannya contohnya artis yang harus berjauhan dengan ahli keluarga kerana ada aktiviti penggambaran yang jauh di sana. Kalau ikutkan anak-anak  nak ikut ibu bapa mereka ke sana tapi mereka juga ada komitmen lain contohnya harus ke sekolah.

Sebab itulah kadang-kadang artis memuat naik video anak-anak mereka yang menangis merindukan mummy dan daddynya. Kesian juga ya tapi nak buat macam mana ianya itu untuk kebaikan keluarga juga demi mencari sesuap nasi.

Baru-baru ini ada dimuat naik video Anaqi anak kepada pasangan Amar dan Amyra. Seperti yang diketahui, Amar harus berjauhan sebentar bersama keluarga kerana da hal urusan kerjanya. Kesian Anaqi sedih terpaksa berjauhan dengan daddy nya.

Apa yang lucunya, Anaqi yang konon nya sedih sebab tak dapat ikut daddy pergi kerja, dipujuk oleh mummynya pergi bercuti di Langkawi. Wahh, syoknya nya dapat pergi Langkawi kan, baik betul mummy layan perasaan anak-anak.

Kita pun fikir betul-betullah kan pergi Langkawi, rasa macam seronok pula mereka dapat pergi Langkawi. Yelah Langkawi kan popular dengan segala aktiviti yang menarik. Tapi lain pula jadinya, setelah mengetahui ianya bukanlah Langkawai tetapi background sahaja yang menunjukkan ianya seolah-olah Langkawi

Rata-rata netizen sangat terhibur dengan gelagat Amyra itu, ye lah demi menceriakan hari-hari anak ada sahaja idea yang lucu. Tak apalah, sekejap je daddy pergi ,tak lama nanti balik lah tu, dan terus dapat spend time sama-sama. Best kan.

Semoga Amar selamat menyelesaikan tugas kerja nya, lepastu terus dapat jumpa family dan bawak mereka bercuti di Langkawi ya, lepas ni dah tak fake hope dah. Nakal betul eh Amyra ni nak kenakan kita, nak gelak je rasa.

Sumber :  Ig Aamyrarosli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!