“Mak orang pertama akan memberontak”- Bonda Rozita

Hari ini kecoh dengan isu berkenaan perletakan jawatan Perdana Mnteri. Dan jawatan Perdana Mnteri yang kesembilan bakal digantikan dengan seorang pemimpin baru. Di sebalik isu semasa yang sedang melanda negara, usahawan terkenal iaitu Dato Sri Aliff Syukri sekali lagi mengejutkan netizen dengan gelagat lucunya. Siapa sangka, Aliff Syukri pun ada menyimpan niat untuk menjadi Perdana Mnteri tau.

Aliff Syukri yang sinonim dengan produk kosmetiknya itu telah menghiburkan netizen dengan salah sebuah posting yang dimuatnaik pada hari ini.

Posting tersebut menunjukkan sebuah borang permohonan jawatan Perdana Mnteri Ke-9 Malaysia yang diisi oleh Aliff Syukri. Namun ia hanyalah gurauan semata-mata dan tiada kenyataan rasmi daripada pihak Aliff Syukri.

https://www.instagram.com/p/CSoVYlBJcA7/?utm_medium=copy_link

Walaupun posting tersebut baru dimuatnaik tiga jam yang lalu, ribuan netizen membanjiri komen pada posting berkenaan. Mana tidaknya, Aliff Syukri yang terkenal dengan gelaran Raja Viral itu membuatkan ramai netizen terhibur dengan angan-angan ‘mat jenin’ nya itu.

Ada sahaja yang disakat oleh netizen menerusi ruangan komen. Lebih-lebih lagi komen daripada ibunya sendiri iaitu Bonda Rozita menjadi tumpuan ramai.

Bonda Rozita sendiri menulis komen, bakal menjadi orang pertama yang akan memberontak jika memegang jawatan Perdana Mnteri.

Malah pelbagai reaksi daripada netizen menerusi komen. Ada yang menyakat Aliff Syukri dan ada juga menyifatkan Aliff Syukri lebih sesuai berbanding calon lain.

“Macam ni lebih banyak bantuan yang kita akan dapat, ini yang kami mahukan hahaha”- Netizen

Dasyat kalau Dato Aliff Syukri jadi PM kita.. Agaknya macam-macam bantuan boleh dapat ni hehe

Sumber: Instagram Aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!