“Patut lah makin sihat Datin Almy sebab kuat ketawa” – Netizen

Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia merupakan seorang pelakon di Malaysia dan pasangan ini telahpun mendirikan rumahtangga pada 2014. Mereka berdua dikurniakan tiga orang anak perempuan hasil perkahwinan tersebut. Rezeki untuk mendapat anak lelaki belum menyebelahi pasangan ini apabila sekitar bulan Feb dan May tahun lalu Datin Almy sudahpun dua kali keguguran.

Sebelum ini Datin Almy Nadia juga pernah telah dimasukkan ke hspital kerana mengalami kesaakitan di perut akibat baatu karang di hmpedu. Bagaimanapun rezeki sentiasa menyebelahi pasangan ini dan sentiasa di permudahkan apabila Datin Almy kini hamil lagi.

Dato Fizz Fairuz yang masih lagi aktif berlakon ini terlibat dengan pelbagai penggambaran drama terbaru. Manakala Datin Almy Nadia yang sangat aktif berlakon suatu ketika dahulu kini lebih selesa menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumah tangga.

Menerusi Instagram, Datin Almy Nadia memuatnaik sebuah video beliau dan suaminya membuat sebuah video ulasan terhadap makanan korea.

Pada permulaan video, Datin Almy Nadia tidak henti – henti ketawa semasa ingin menjelaskan mengenai makanan tersebut kerana terhibur dengan kata- kata dan reaksi suaminya yang kelakar serta kuat mengusik. Sehingga kini video berkenaan mendapat hampir 265,559 tontonan daripada para pengikut akaun Instagram beliau.

Rata-rata netizen berkata mereka juga turut tergelak apabila melihat reaksi Datin Almy Nadia ketawa tidak berhenti apabila sering di usik oleh suaminya Dato Fizz Fairuz.

Netizen berkata mereka juga turut terhibur melihat pasangan berkenaan membuat sesi ulasan produk berkenaan. Dato Fizz sememangnya seorang yang sangat lucu dan ada sahaja cara untuk mengusik isteri kesayangannya itu.  Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

Selain daripada pasangan arwh Siti Sarah dan Shuib, pasangan ini juga antara yang menjadi kegemaran dalam kalangan netizen kerana kemesraan dan keserasian mereka berdua.

Dato Fizz dan Datin Almy juga antara sahabat yang rapat dengan pasangan itu dan menerima kesan yang sangat besar setelah pemergian arwh Siti Sarah. Semoga kebahagiaan pasangan ini berkekalan.

Sumber: Instagram almynadiaofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!