“Macam Siti Nurhaliza masa muda” – Netizen

Biarpun tua mengejar kita, tapi semakin hari makin maintain helok pula ibu kepada dua cahaya mata yang juga isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah ini. Ya lah… orangnya pun kecik molek, tentu buat dan pakai apa pun nampak kena gaya saja. Tak hairanlah jika ditinjau jumlah pengikut di Instagramnya saja sudah mencecah pengikut lebih 2.3 juta.

Tapi ada perkongsian Bella yang netizen perasan baru-baru ini. Apa tidaknya wajahnya yang ini dikatakan mirip pula dengan penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza masa muda-muda dulu.

Jika diperhatikan ada betul juga. Dengan badan kecil, free hair dan bentuk mukanya, sekali pandang memang nak dekat sama. Gamaknya Bella ‘terkenan’ dengan TokTi masa kecil dulu kot…

“Syomelll”, “Syantikssss”, “Ingatkan Korea mana tadi”, “Ingattt ct nurhaliza”, “ Macam 2ccdk sgtt.. cantik Bella”, “Macam ct nuhaliza masa muda”, “Macam muka @ccdk masa muda dulu”. Itu antara komen netizen.

Apa pun perkongsian Bella menerusi video yang dalam kapsyen hantarannya itu menggambarkan setiap wanita mempunyai hak untuk cantik juga menarik perhatian netizen dan agak mencuit hati.

Apa tidaknya, mula-mula Bella dengan kasut tebal dan gaun labuh warna cerah itu menunjukkan cara berjalan seorang wanita yang agak ‘bersepah’. Kemudian dia mengajarkan cara berjalan yang betul pula.

Kelakar pula melihat Bella berjalan sedemikian pada permulaan. Pastinya dia ingin menggambarkan seseorang wanita akan kelihatan cantik jika dapat berjalan dengan cara yang elok kan…

Apa pun bagus juga Bella berkongsi tip cantik sebegitu. Setidak-tidaknya dapat juga mengingatkan wanita lain untuk sentiasa menjaga diri, jika bukan untuk orang lain atau suami, tapi untuk diri sendiri.

Tak kurang yang mengagumi ketrampilan dirinya biarpun sudah beranak dua. Badan masih macam anak dara you… Untuk info Bella pun masih muda, baru berusia 28 tahun.

Bella mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada hujung 2016, sebelumnya berpisah dua kali dan kemudian rujuk kembali pada 2019. Ya… hidup ini unik, ada pasang surutnya. Hanya doakan yang baik-baik sudahlah…

Sumber : IG Bella Astillah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!