“Sy sgup jadi yg kena lipat tu, pls grip jgn lepas” – Netizen

Orangnya nampak seperti rata-rata wanita lain yang lemah lembut dan penuh keayuan. Begitupun dalam kelihatan sentiasa kontrol cun, siapa sangka dirinya seorang yang lasak mengalahkan anak jantan. Lihat saj4lah video latihan seni mempertahankan diri yang dilakukan oleh pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan atau mesra membahasakan dirinya sebagai Lizzy ini. Tampak lasak sungguh.

Siapa sangka Lizzy sampai boleh buat flying kick sendiri, bahkan berjaya menjatvhkan l4wan yang juga seorang lelaki perkasa. Barangkali jurulatihnya. Apa pun dalam pada ‘g4nas’ wanita, tak semua mampu buat sebegitu.

Memang agak terkesima jugalah netizen tambahan yang lelaki dibuatnya. Rata-ratanya ibarat tunduk dan mengangkat topi sebagai tanda menghorm4ti bakat ada padanya yang bukan kaleng-kaleng.

Bukan setakat netizen, rakan artis pun ramai yang kagum dengan bakat seni gerak tempur ada padanya itu dan mencoretkan respons di ruangan komen hantaran Lizzy di Instagramnya.

“Skil baru ke tu”, “Powerrr”, “not b4d ohh”,  “Mcm jackie chan”, “Police entry 1 2 jaga”. Itu antara komen netizen.

Ya betul juga, sekali pandang ketangkasan Lizzy dah macam pelakon antarabangsa saat berkungfu iaitu Jackie Chan. Kalau filem aksi rasanya dah tak perlu pengarah gunakan khidmat ‘stunt’.

Jika meninjau pengalaman Lizzy berlakon aksi sebelum ini, semangatnya juga dilihat membara ketika berkobar berlakon dalam drama dalam aksi Gerak Khas Undercover biarpun terpaksa sedikit lebam-lebam.

Bahkan baru-baru ini Lizzy dilaporkan sanggup mengeluarkan wang poket sendiri sebanyak RM4,000 semata-mata mahu belajar seni bela diri campuran (Mixed Martial Arts) atau MMA.

Difahamkan, motif utama dia belajar kerana mahu tampil meyakinkan menerusi watak sebagai ejen perisik dalam filem terbaru arahan Syafiq Yusof, Abang Long Fadil 3.

Apa pun memang bagus juga wanita belajar ilmu mempertahankan diri ini. Bila berdepan penj4hat, kita sendiri ada skil untuk mempertahankan diri, paling best kalau bantu orang lain pulak kan…

Sumber : IG Elizabeth Tan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!