“Macam kena renjatan elektriik”- Netizen

Penampilan amat penting buat kita semua. Lebih-lebih lagi apabila bergelar selebriti, mereka wajib berpenampilan menarik bagi menjaga imej masing-masing di hadapan kamera mahupun di luar kamera. Seperti selebriti Nazim Othman, beliau cukup mementingkan penampilan yang kemas dan versatil setiap masa. Nazim dari dahulu hingga sekarang sentiasa tampil muda dan bergaya meskipun sedang bergelar status duda.

Melihat sosial media Nazim, beliau jarang sekali tidak berpakaian kemas. Posting beliau pasti dipenuhi dengan outfit yang stail dan kemas.

Namun siapa sangka, baru baru ini Nazim ‘berani’ berkongsi gambar beliau yang kelihatan agak sedikit kusut dan kulitnya jelas sedikit gelap gara-gara terdedah dengan cuaca panas.

Beliau dilihat bercuti di luar negara menerusi gambar dan videonya di Instagram.

Video Nazim yang telah dimuatnaik itu telah membuatkan ramai netizen termasuk rakan artis juga terhibur melihatnya.

Ada juga netizen yang terkejut melihat sisi lain Nazim. Bukan selalu melihat rambut Nazim yang kelihatan tidak terurus itu hehe..

Selalu kita lihat Nazim cukup bergaya dan kemas kan.. Walau bagaimana pun, sebahagian peminat Nazim akui suka melihat Nazim yang melancong di pelbagai negara.

Nazim dilihat melancong di Bali, Indonesia baru-baru ini. Nampak aktif sungguh beliau, patut lah kulit pun sudah agak kelihatan gelap daripada sebelum ini memandangkan cuaca di Bali agak panas.

Sementara itu, video Nazim meraih 63,000 tontonan sejak dimuatnaik Isnin lalu. Video dikongsi beliau ternyata menarik perhatian ramai di Instagram.

Auto gelap terus Nazim bila bersidai dekat tengah panas. Tapi takpe, Nazim tetap maintain hot sentiasa hehe..

Sumber: Instagram nazimothman

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!