Penantian sudah berakhir, akhirnya Neelofa dedah wajah hensem Bilal

Permata paling berharga buat pasangan Neelofa dan PU Riz iaitu Muhammad Bilal cukup dikenali ramai netizen. Dari lahirnya Bilal hinggalah kini, Bilal antara si cilik yang disebut-sebut oleh netizen di laman sosial media. Kelahiran Bilal cukup disenangi ramai netizen dan rakan-rakan artis. Namun wajah Bilal sebelum ini tidak didedahkan oleh Neelofa dan PU Riz bagi menjaga kesejahteraan cahaya mata sulung mereka.

Neelofa juga hanya berkongsi sebahagian video dan foto Bilal tanpa menunjukkan wajah anaknya itu. Ruangan komen juga dipenuhi komen daripada peminat Neelofa sendiri yang kelihatan cukup teruja.

Ramai netizen dan rakan artis ternanti-nanti dengan wajah sebenar Bilal sejak lahirnya Bilal. Dan akhirnya, hari ini Neelofa dengan rasminya menunjukkan wajah Bilal sepenuhnya dari bayi sehinggalah umur Bilal yang terkini.

Neelofa turut memperkenalkan Bilal aecara umum menerusi posting di Instagram. Kapsyen ditulis Neelofa menerusi postingnya ditujukan khas buat Bilal dan cukup menyentuh hati tatkala membacanya.

Sebelum ini, banyak video dan wajah Bilal telah didedahkan sendiri oleh sebahagian netizen sehingga menerima perhatian daripada Neelofa sendiri.

Namun selepas kejadian berkenaan tular di laman sosial media, Neelofa sendiri akui marah dengan tindakan sebahagian netizen yang tidak menghorm4ti privasinya.

Sementara itu, video yang menunjukkan wajah penuh Bilal telah meraih tontonan hampir 1 juta selepas dimuatnaik beberapa puluh minit lalu.

Siapa sangka, wajah Bilal yang comel itu cukup mirip sekali dengan Jebat Jayden seperti yang diakui oleh netizen. Putih dan gebu pun si cilik Bilal pun sama macam Jebat Jayden.

Nampaknya lepas ni mesti tersebar wajah penuh Bilal di semua sosial media. Famous betul Bilal hari ini.

Alhamdulillah comelnya Bilal, semoga Bilal menjadi anak yang solehah ya. Sama rupa dengan Jebat Jayden bila tengok video tu balik..

Sumber: Instagram neelofa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!