“Macam budak-budak, kesian Cik B” – Netizen

Kisah percintaan antara dua orang usahawan kosmetik iaitu Dato Seri Vida dan juga Ahmad Iqbal bukan lagi rahsia. Ahmad Iqbal yang juga merupakan bekas PA kepada Dato Vida sendiri dijangka bakal menikahi Dato Vida pada bulan Disember ini. Namun begitu, Anak kepada Dato Vida iaitu Cik B di lihat mendiamkan diri walaupun sudah beberapa hari kecoh mengenai berita bahawa ibunya itu bakal mendirikan rumahtangga sekali lagi.

Rancangan Melodi bagaimanapun telah mendapatkan sendiri ulasan daripada  Cik B demi merungkai isi hati kepada anak Dato Vida itu. Menerusi rakaman video wartawan menemu bual Cik B, pemilik nama Edlynn Zamileen itu bagaimanapun berkata beliau tidak merestui perkahwinan antara ibu kandungnya dan Iqbal.

Cik B juga berkata, beliau sebenarnya tidak pasti adakah ibunya itu benar – benar serius dengan keputusan untuk bernikah ataupun sekadar melakukan gimik marketing memandangkan ibunya itu sudahpun berusia. Namun bagi dirinya sendiri, cukuplah pernah mempunyai 5 orang ayah hasil perkahwinan Dato Vida sebelum ini.

Walaupun sebelum ini Dato Vida pernah berkata bahawa beliau hanya akan memilih bakal suami yang setaraf iaitu mempunyai kestabilan ekonomi dan sebaya dengannya namun tindakan Dato Vida yang juga sudah melakukan pemeriksaan kesuburan demi memastikan bahawa beliau masih boleh melahirkan zuriat secara tidak langsung telah mengesahkan hubungan beliau dan bekas PA nya itu dan bakal bernikah tidak lama lagi.

Sebagai rekod, Dato Vida pernah mendirikan rumahtangga beberapa kali. Perkahwinan pertama Dato Vida adalah bersama bapa kepada Cik B dan Kacak iaitu Mohd. Amin Yassin.

Mereka bernikah pada tahun 2000 dan bercrai pada 2008. Hasil perkahwinan itu, Dato Vida dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikree, Edlynn Zamileen dan Muhammad Eric Zaquan.

Namun begitu, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikree mngal dunia dalam satu kebakaran di rumah Dato Vida di Ipoh pada tahun 2013. Kali terakhir Dato Vida mendirikan rumah tangga bersama Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014 namun kemudiannya bercrai pada 7 April 2017.

Desas desus mengenai perhubungan antara Dato Vida dan bekas PA nya itu timbul setelah Datuk Aliff Syukri bertindak memuatnaik video klip pendek perbualan antara beliau dan Dato Vida mendedahkan perkara berkenaan.

Sudah lagi tidak berselindung, terkini Dato Vida telah memuatnaik beberapa keping gambar dan video sekitar majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran Iqbal yang ke 27 tahun.

Majlis yang di rancang oleh kakitangan kepada Dato Vida sendiri itu kelihatan agak romantis apabila Iqbal juga turut memberikan ucapan dan meluahkan perasaan kepada Dato Vida.

Iqbal juga berharap agar hubungan beliau dan Dato Vida akan berkekalan sehingga akhir hayat. Beliau turut berjanji akan menjaga Cik B dan juga Kacak dengan baik selepas mereka berdua berkahwin. Gambar dan video sekitar majlis tersebut juga turut dikongsikan oleh Iqbal di laman Instagram peribadinya.

Menjengah keruangan komen, netizen berbagi pendapat mengenai pernikahan Dato Vida dan juga perasaan Cik B yang tidak merestui pernikahan ibunya itu.

Ada netizen yang menyokong Dato Vida mencari kebahagiaan sendiri namun ada juga yang kasihankan Cik B sebagai anak yang tidak merestui pernikahan tersebut kerana risaukan ibunya yang beberapa kali melalui kegagalan rumahtangga sebelum ini. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

“kahwin tu kan ibadah..dia pun manusia, mungkin jodoh ini yg buat dia bahagia, biarlah dia hendak merasa bahagia..” – Netizen

“kita jgn judge amal ibadat orang, lg pula diorang nak kahwin, kahwin pun ibadah kan.. Doa yg baik2 dahla” – Netizen

“dah tua nanti anak sibuk dgn husband dan anak2 sendiri so kalau tak nak kacau daun family anak kita perlu ada pasangan sendiri sbb di hari tua nanti harta sdh tak penting sangat.. Lagi pun she’s going to marry a selfmade millionaire not just anybody.” – Netizen

“Geli tu tidak lah tp cr1nge nak mampos. Hopefully ni semua bukan sebab marketing sebab DSV kan dah semakin sendu. Sebab i dont see love towards each other. Mcm lakonan.

Kalau benda ni semua betul i doakan both of you kekal sampai syurga. InsyaAllah. Minta tolong jgn lah bodohkan semua orang untuk kepentingan marketing.” – Netizen

Bukan mudah untuk memilih antara anak dan kebahagiaan sendiri. Berkemungkinan besar Cik B pula sebagai seorang anak, sebolehnya tidak mahu sekiranya melihat ibunya bersedih.

Cik B hanya tidak mahu Dato Vida terluuka lagi setelah mengambil kira beberapa perkahwinan beliau sebelum ini yang telah gaagal.

Sumber : Instagram datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!