“Org yg tolong rekod tu tak gelak ka, sumpah lawok”- Fasha Sandha

Siapa saja yang tidak mengenali jurumekap tersohor, Datuk Alha Alfa popular dengan hasil solekan cantiknya. Hasil kerja Alha menjadi kesukaan ramai lebih-lebih lagi dalam kalangan selebriti Malaysia. Ramai menggunakan servis solekan Alha yang sememangnya tidak pernah mengecewakan. Walaupun Alha merupakan jurumekap profesional, beliau amat disenangi ramai dan bersikap rendah diri.

Melihat pada laman Instagram milik Alha, banyak hasil solekannya dikongsi dan menjadi tatapan ramai netizen.

Malah baru-baru ini, satu video telah dimuatnaik Alha. Video berkenaan menjadi tumpuan ramai netizen termasuklah golongan selebriti.

Video Alha mengubah suai wajahnya dengan hasil solekan yang memuaskan oleh Alha sendiri. Memang berbeza sangat wajah Alha lepas disolek..

Transformasi wajah Alha daripada biasa kepada luar biasa telah menarik perhatian. Wajahnya selepas disolek ternyata menerima pujian ramai wanita.

Sementara itu, video Alha telah ditonton sehingga hampir 500,000 tontonan dan terima pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata netizen juga memuji wajah kacak Alha yang telah disolek dan suka dengan penampilan Alha mentranformasi dirinya.

Gelagat Alha cukup melucukan sehingga menerima komen daripada Fasha Sandha yang tidak menyangka Alha ternyata menghiburkan.

Fasha juga antara salah seorang selebriti yang sering menggunakan servis solekan dari Alha.

“Alha ni lucu rupanya, hahaha handsome betul part last tu, suka tengok makeup Alha”-Netizen

Part last tu paling terkejut, betul-betul lain muka Alha lepas bersolek. Kali ni video Alha lain daripada yang lain ni hehe..

Sumber: Instagram alhaalfa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!