“Kak ina pulak yg kawen, jodoh mak dulu nanti baru anak”- Netizen

Jodoh merupakan rahsia paling besar yang sudah ditentukan olehNya. Kita tidak dapat menentukan dengan siapa kita mahu bersama melainkan itu semua merupakan ketentuan dan keredhaanNya. Berita tentang jodoh dan mereka yang mahu mendirikan rumah tangga merupakan berita gembira yang senang didengar oleh ramai pihak. Tidak kira tua mahupun muda, jika ada rezeki bertemu jodoh tiada siapa yang dapat menjadi penghalangnya.

Sudah menjadi kebiasaan buat pelakon wanita tanah air yang bernama Zarina Zainuddin ini untuk berkongsi aktiviti harian bersama anak-anak dan pekerjaan di laman Instagram. Apa yang menjadi tumpuan baru-baru ini adalah perkongsian gambar serba putih dari Zarina yang telah mengundang tanda-tanya dari para peminat dan warganet.

Memulakan langkah kerjaya dalam industri hiburan sejak tahun 1989, pengalamannya dalam bidang lakonan memang sudah tidak perlu dipersoalkan lagi. Buat mereka yang sudah lama mengikuti Zarina di Instagram beliau, pasti sudah sinonim dengan perkongsian bersama kedua-dua anaknya yang menghidap peny4kit autisme.

Terkenal sebagai seorang ibu yang hebat dan cekal menghadapi dugaan, dua daripada empat anak dari Zarina Zainuddin ini merupakan seorang anak istimewa yang bernama Raizal Azrai dan Razil Azrai.

Kagum dengan pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anak istimewa, Zarina Zainuddin akhirnya diberikan peluang untuk melakonkan filem bersama anaknya iaitu Raizal Azrai atau lebih dikenali sebagai Azal.

Gambar yang menjadi tanda-tanya buat para peminat ternyata merupakan gambar dari lakonan drama bertajuk Kasih Dari Syurga yang bakal ditayangkan di siaran RTM.

Walaupun itu merupakan lakonan kali pertama buat Azal, namun Zarina berterima kasih kepada rakan seperjuangan yang memahami dan sabar dengan keranah anaknya itu.

Ramai yang menyangka bahawa Zarina Zainuddin telah mendirikan rumah tangga sekali lagi bersama pelakon sekaligus hero dalam drama tersebut iaitu Meor Mohd. Ramai yang terus mengucapkan tahniah tanpa membaca isi kandungan dari kapsyen posting Zarina itu.

Walaupun peminat tahu bahawa Azal mempunyai kekurangan diri, tetapi mereka tidak lupa untuk menyokong dan mengucapkan tahniah dengan usaha dan kerja kerasnya untuk berlakon.

Ramai yang tak sabar ingin menonton lakonan pertama dari Raizal Azrai ini. Selama ni hanya tengok Azal dari handphone saja, tetapi kali ni dapat tengok Azal di layar skrin televisyen pula.

Mesti Azal teruja dapat tengok wajahnya di televisyen. Tahniah atas pencapaian dan usaha Azal dalam merelealisasikan drama Kasih Dari Syurga ini.

Sumber: Instagram Zarina Zainuddin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!