“Ya Allah, kalau suamiku ada niat xelok, kau gem0kkan lah dia semula” – Syatilla

Menghabiskan masa sehari-hari bersama, pasti isteri sudah faham benar dengan sifat dan tingkahlaku suami. Jadi, hati isteri mana yang tak runsing bila melihat si suami mula berperangai lain. Pasti ada sahaja kesimpulan dalam hati yang difikirkan oleh isteri bila memikirkan tentangnya. Lebih-lebih lagi apabila melihat si suami sudah mula berpakaian melayu lengkap dengan samping. Makin bermacam-macam pula yang difikirkannya.

Inilah situasi yang terjadi terhadap pasangan Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam. Pasangan selebriti ini telah pun mendirikan rumahtangga pada tahun 2016 lagi dan perkahwinan mereka dahulu telah menjadi perkahwinan yang paling ditunggu-tunggu sekali oleh para peminat tanah air.

Apa tidaknya, nama Shaheizy Sam merupakan nama yang amat besar pada waktu dahulu sehingga dia berjaya dinobatkan sebagai bintang paling popular. Sukar terpalit dengan kontr0versi-kntr0versi hiburan, ramai yang tidak sedar bahawa dia ketika itu sudah pun menjalin hubungan percintaan bersama Syatilla Melvin sehingga diijabkabulkan.

Selepas hampir tiga kali mengalami keguguran, rezeki buat pasangan ini telah kembali apabila mereka berdua mengumumkan kehamilan ketiga buat Syatilla pada September tahun lalu. Walau kini sudah berbadan dua, Syatilla masih aktif bekerja dan mempromosikan produk kecantikan miliknya yang bernama Kek4sih itu.

Geram melihat gelagat baru dari suaminya yang berbaju tradisional melayu, fikiran ibu mengandung ini sudah mula berfikir yang bukan-bukan terhadap suaminya. Dalam video yang dimuatnaik oleh Syatilla itu, terlihat Sam yang nampak kacak dengan baju melayu lengkap berona biru itu.

Terkenal dengan sikapnya yang memang suka bergurau, Sam juga turut mengusik Syatilla yang ketika itu sedang merakamnya dengan menyanyikan lagu bertajuk Madu Tiga. Namun keseluruhan lirik tidak dapat dihabiskan oleh Sam dek kerana masih menjaga hati sang isteri.

Lucu melihat gelagat pasangan selebriti ini, ramai yang menduga bahawa mereka ingin mengeluarkan koleksi baju melayu untuk jualan hari raya nanti dan ia hanya merupakan tujuan promosi sahaja.

Para peminat juga terkejut dengan perubahan drastik pada Sam yang kini sudah terlihat sangat kur0s berbanding sebelumnya.

Kacak dan kemas betul Sam berpakaian baju melayu. Memang macam hari raya je lengkap dengan samping dan songkok dipakai oleh Sam. Mana taknya isteri fikir lain kan. Lagi-lagi bila mengandung ni, fikiran pasti negatif saja.

Sumber: Instagram samtilla

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!