“Makin lawak ustaz semenjak dua menjak ni” – Netizen

Usahawan dan selebriti popular iaitu Neelofa kini di katakan hanya menunggu masa untuk melalui proses kelahiran. Meskipun sebelum ini Neelofa mahupun suaminya iaitu PU Riz sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kehamilan Neelofa itu namun perubahan bentuk badan bekas pengacara Meletop itu yang sangat ketara membuktikan bahawa dirinya sememangnya sedang berbadan dua.

Di satu pertemuan lain yang pernah di rakamkan oleh pihak media sebelum ini, Neelofa ada menyebut bahawa beliau meminta orang ramai terutama pengamal media untuk menghormati privasi dirinya yang mahu menyimpan sesetengah perkara dan tidak bertanyakan lebih lanjut mengenai perkara tersebut. Menurut usahawan tudung itu, beliau hanya akan berkongsi perkara berkenaan kehamilan dan kelahiran anaknya sekiranya perlu dan sudah sampai masanya nanti

Ketika pasangan berkenaan telah hadir untuk menghadiri perbicaraan sebutan k3s mereka di mahkamah Seremban beberapa bulan lalu, perubahan ketara pada tubuh badan Neelofa mencuri perhatian orang ramai. Pelakon Suri Hati Mr Pilot itu juga kerapkali di lihat mengusap -usap perutnya. Malahan bentuk badan pengacara itu juga kelihatan sedikit berisi.

Walaupun jangkaan kelahiran mungkin bakal tiba dalam masa terdekat, namun Neelofa dan suaminya itu tetap menjalankan rutin harian mereka menjalankan perniagaan seperti biasa. Malahan mereka juga turut muncul dengan produk terbaru mereka iaitu bantal zikir.

Sebelum ini, satu hadiah pemberian YAM Tengku Puteri Iman Afzan Al- Sultan Abdullah telah mencuri perhatian para netizen. Hadiah barangan bayi berjenama mewah buat Neelofa itu di kirimkan oleh puteri sulung kepada Yang di Pertuan Agng Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah buat anak di dalam kandungan Neelofa yang di jangka bakal di lahirkan tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di Instagram peminat, satu video yang memaparkan gelagat pasangan suami isteri itu telah menarik perhatian para peminat. Dalam video yang dikongsikan, PU Riz ketika itu sedang membuat ulasan produk mengenai sebuah buku.

Namun beliau kemudiannya secara berseloroh memberikan reaksi bercakap dalam bahasa inggeris apabila menerima respon daripada Netizen yang tidak berapa faham apa yang sedang di jelaskan oleh beliau.

PU Riz bagaimanapun ditegur oleh isterinya Neelofa yang tidak membenarkan suaminya itu meneruskan penjelasan beliau dalam bahasa inggeris.

Reaksi PU Riz terhadap permintaan isterinya itu juga agak santai malahan komunikasi pasangan tersebut dalam kehidupan berumahtangga juga tidak ubah seperimana pasangan suami isteri yang lain juga.

PU Riz juga kerap menggunakan applikasi filter yang terdapat dalam telefon bimbit semasa bersiaran langsung bersama para peminat beliau. Gelagat PU Riz secara spontan yang kerap bertukar filter juga membuatkan para penonton merasa geli hati.

Menjengah keruangan Instagram peribadi PU Riz pula mendapati sejak akhir akhir ini personaliti itu sering berkongsikan beberapa video dan gambar yang mencuit hati bersama para pengikut beliau. Semakin lama imej pendakwah bebas yang agak serius semakin pudar, malahan kini imej PU Riz kelihatan lebih mesra dan kelakar.

Menjengah keruangan komen, warganet berkata mereka menyedari perubahan sikap PU Riz yang menjadi semakin kelakar dan lebih mesra semasa berinteraksi bersama para peminat beliau ketika bersiaran secara langsung mahupun semasa memuatnaik perkongsian video.

Pelbagai reaksi yang dapat dilihat di ruangan komen. Tidak kurang juga yang mengaitkan dengan kehamilan Neelofa yang mungkin berjangkit pembawakan bayi terhadap si suaminya. Berikut antara komen- komen yang ditinggalkan netizen.

Tidak sangka banyak juga sebenarnya bakat yang dimiliki oleh PU Riz. Selain daripada berlakon dan menyanyi, kini PU Riz juga boleh berlawak. PU Riz juga mempunyai sifat lucu yang tersendiri apabila sering bergurau dan mengusik isterinya dalam beberapa video yang dikongsikan di Instagram peminat sebelum ini.

Kebolehan PU Riz dalam berlawak juga terbukti apabila beliau menjadi tetamu jemputan bagi kumpulan Tobat di dalam pertandingan Maharajalawak Mega sehingga berhasil menyumbangkan markah yang tinggi dalam persembahan kumpulan lawak berkenaan tempoh hari.

Berkemungkinan besar perubahan sikap berkenaan menjadi transisi baru dalam kehidupan beliau yang bakal bertukar status sebagai bapa pula selepas ini. Apa yang lebih penting, imej terbaru PU Riz ini lebih menarik dan membuatkan para pengikut akaun Instagram beliau juga semakin bertambah.

Sumber: ig lofa page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!