“Ma j4ngan pngsan Ma” – Fazeera

Tiada apa yang lebih bermakna buat seorang ibu yang sudah meningkat usia selain dianugerahkan anak menantu yang membahagiakan. Kadang sesetengah daripada kita terlalu sibuk dengan kerjaya dan keluarga sendiri hingga mengabaikan perhatian kepada orang tua yang dahagakan kasih sayang. Begitupun ia tidak buat pelakon, Fizo Omar ini. Bahkan sejak mendirikan rumah tangga kali kedua, seakan tak kurang malah lebih lagi kasihnya buat ibu tersayangnya, Hasnah Jidin.

Menariknya kasih sayang buat Hasnah lagi bertambah apabila isteri Fizo, Fazeera Nazri juga dilihat tidak lokek mencurahkan rasa sama buat mertuanya itu. Buktinya, lihat sah4jalah sejak Fizo bernikah dengannya Oktober tahun lalu, acap pula mereka berkongsi foto momen bersama di medsos.

Terbaharu, lihat sahaj4lah hantaran di IG Fizo ini betapa kasih sayang dia dan Fazeera pada wanita itu apabila dibelikannya set periuk serta perkakas memasak. Gembira amat Hasnah dibuatnya, terpancar keceriaan di wajahnya apabila bersama mereka berdua.

Agak mencuit hati apabila Fizo berkongsi video pr4nk yang disembunyikan yang merakam aksi isterinya yang bersekongkol dengannya untuk melihat reaksi ibu apabila diberikan hadiah periuk idaman ibunya.

Lucunya Fazeera kononnya berpakat dengan ibu mertuany untuk tidak memberitahu Fizo akan barang sudah dibelikan untuk ibunya. Begitupun, Fizo awal-awal lagi sudah bersembunyi dalam salah satu kotak barangan itu untuk surprise’kan ibunya.

Ketika Tokma Hasnah mahu membuka kotak ‘berisi dirinya’ itu, terkejut besarlah wanita itu apabila Fizo tiba-tiba ‘terjojol’ di depan mata. Terus reaksi Tokma terkjut hingga rebah bersandar di sofa tak sangka dengan kejutan mereka berdua.

Begitupun, masih sempat Tokma tertawa dalam terkejut sebelum Fizo memberitahu ia sebenarnya hadiah kejutan daripada dia dan dirinya selain anak dalam kandungan Fazeera. Wah… Rupanya Fazeera pun dah berbadan dua. Tahniah…

Ramai netizen yang mengucapkan tahniah atas berita gembira yang secara tak langsung turut dikongsikan oleh Fizo itu. Dalam pada itu, tak kurang juga yang komen tentang surprise yang dibuat oleh mereka berdua untuk Tokma.

Tak kurang yang sebak dengan kasih sayang mereka yang dikongsikan buat ibu. Ada pula yang risau dengan cara surprise dibuat.

Ada netizen suarakan jika ibu bapa yang ada s4kit jantung terutamanya agar tidak dibuat kejutan seumpamanya. Mana taknya kalau betul ada s4kit itu, memang tak mustahil boleh jadi lain pula halnya kan…Kalau tengok reaksi Hasnah memang terkejut sungguh dia dibuatnya. Prihatin sungguh netizen ni.

Apa pun sudah tentu Fizo maklum keadaan ibunya kan… Jadi buat netizen yang baik apa salahnya jadikan contoh. Kalau itu yang boleh membahagiakan, apa salahnya buat pada ibu bapa kita jua. Walau apa pun, benarlah kena pastikan mak2 pak2 korang tak ada s4kit jantung, baru boleh buat surprise semacam ini ya…

Sumber : IG Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!