“Kak Engku, tolong la teka biar logik sikit boleh”- Netizen

The masked singer Malaysia merupakan sebuah rancangan nyanyian yang di siarkan di saluran astro. Program nyanyian tersebut memerluk4n para peserta yang bertanding untuk menyembunyikan identiti mereka yang sebenar dengan memakai maskot yang disediakan. Maskot yang disediakan merupakan maskot yang bertemakan Malaysia. Tugas para juri yang dilantik pula perlulah memberikan markah terhadap persembahan nyanyian para peserta di samping perlu meneka pemilik sebenar suara para peserta.

Di antara barisan juri yang di lantik adalah pengacara terkenal Datuk Aznil Hj Nawawi, Ratu Rock Malaysia iaitu Ella, penyampai radio Sinar dan pelawak Angah. pelakon Ramona Zamzam, Remy Ishak, Amy Mastura, pelawak Zizan, Raja Azura dan juga pengarah Micheal Ang.

Program yang telahpun bersiaran selama empat minggu itu telah menyaksikan 4 orang peserta telahpun tersingkir. Penyingkiran di minggu pertama dimulai dengan penyampai radio Era iaitu Ray yang memakai maskot Mangga Harum Manis.

Minggu kedua pula diikuti oleh pelumba kereta Keifli Othman yang memakai maskot Nenas seterusnya pelakon Datin Maria Farida yang memakai maskot Pepatung dan pada minggu ke empat pula menyaksikan maskot Teh Tarik telahpun tersingkir di mana pemilik suara tersebut adalah Sazali Samad yang merupakan seorang atlet bina badan tersohor negara.

Menerusi Instagram astro gempak, telahpun dikongsikan sedutan video mengenai rancangan berkenaan minggu ini. Sedutan yang di siarkan adalah sedutan yang di ambik pada hari jumaat yang lalu ketika salah seorang juri iaitu Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku sedang memberikan komen beliau buat salah seorang peserta yang memakai mascot Rambutan dan perlu meneka nama penyanyi di sebalik maskot Rambutan.

Ketika Kak Engku membuat tekaan dan analisis beliau, ada sahaja gelagat yang mencuit hati di lakukan oleh pengacara iaitu Datuk AC Mizal untuk mengusik Kak Engku.

Bagaimanapun, sekian lama para juri yang lain menunggu tekaan daripada Kak Engku, namun nama yang diberikan beliau agak mengecewakan apabila meneka pelakon Rosnah Mat Aris sebagai penyanyi di sebalik maskot Rambutan.

Jika di lihat, setiap kali giliran Kak Engku untuk memberikan komen terhadap para peserta, pasti beliau akan mengambil masa yang agak lama untuk menyampaikan komen. Tidak cukup dengan itu, tekaan nama yang diberikan oleh beliau terhadap para peserta yang bertanding di sebalik maskot pula agak jauh daripada gambaran yang diberikan menerusi klu yang di kongsikan oleh para peserta itu sendiri.

Jika kita meninjau keruangan komen, rata- rata netizen juga meluahkan pendapat yang sama terhadap Raja Azura kerana tekaan yang di berikan oleh beliau saban minggu di anggap agak merapu dan sangat tidak logik.

Adakalanya nama- nama yang diberikan oleh Raja Azura tidak menepati klu yang dikongsikan oleh para peserta itu sendiri. Berikut di kongsikan pula komen- komen yang di tinggalkan warganet.

“Ermm..maybe nk ade part yg merepek meraban kot..asik serius jek boring gak kan..tp part last² tsingkir tu..dia teka xmain² pon..msa ni je kot dia nk merepek..” – Netizen

“Yg dato ac pon asyik suruh dia ja teka… Teka pon mereben..crdik la sikit teka tu… Saja nk bg org kcam” – Netizen

“Chill lah..dh nama pon rancangan hiburan..nape rakyat malaysia ni serius sgt..semua benda nk amik serius..patut la ramai yg hidup dlm tekaanan..mustahil la dia x tau sape..bukan dia x de ig..org duk tag² sape rambutan tu..tenang je okeyy..” – Netizen

Siapa pula agaknya yang bakal tersingkir di minggu hadapan. The masked singer boleh dikatakan merupakan sebuah program yang menarik kerana mengajak para penonton untuk turut sama terlibat dalam program berkenaan dengan turut sama meneka barisan para penyanyi yang bertanding di sebalik mascot.

Sumber: ig astro gempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!