“Knp pegang tangan Dato Fazley”- Netizen

Perhubungan suami isteri tidak netizen kisahkan seandainya terlalu mesra pun. Tetapi yang netizen kisahkan mengapa hubungan ipar duai pun berpegangan tangan. Bukan bersalaman tetapi lama situasi berpegangan tangan. Ia agak janggal dipandang mestipun mereka mungkin sememangnya hubungan adik ipar dan memang rapat. Walaupun rapat nampak tidak manis jika bersentuhan dan agak lama berpegangan tangan.

Mawar Rashid seorang yang dikenali dengan sikap lemah lembut dan cantik jelita. Suaminya adik kepada Dato Fazley.

Terlihat didalam video yang ringkas, namun netizen ternampak Mawar Rashid memegang tangan Dato Fazley dan sambil diperhatikan suaminya disisi.

Bukan itu sahaja, sebelum ini juga pernah kelihatan Mawar memegang bahu seorang lelaki namun itu rasanya adik beliau sendiri. Namun ia tidak dijelaskan.

Mungkin mereka akrab, sebab itulah berpegang tangan tanda ucapan tahniah. Sebagai netizen yang tidak tahu isi padu cerita sebenar, senanglah netizen membuat andaian.

Dato Fazley sudah berumah tangga dan merupakan abang kandung kepada Raf Yaakob. Sebenarnya tidaklah bur0k sangat mata memandang cumanya ia agak janggal kerana adik ipar dan abang ipar berpegangan tangan.

Mungkin mereka terlalu rapat dan akrab. Jadi ia perkara biasa pada mereka. Komen netizen memaklumkan bahawa jarang nampak ipar duai yang berlainan jantina terlalu rapat sebegitu.

Komen lain mengucapkan tahniah di atas kejayaan Dato Fazley. Ini antara komen-komen netizen.

Mawar Rashid juga seorang usahawan yang pernah memenangi gelaran ikon bisnes Kelantan. Tahniah diucapkan.

Sumber: ig mawarrashid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!