“Lutut semua tiptop” – Netizen

Antara kumpulan rock evergreen di negara ini yang bertahan dan berjaya mengekalkan popularitinya sejak ditubuhkan pada tahun 1984, Wings tetap mendapat tempat di hati peminat dan pengikutnya sehingga kini. Jika dikira-kira, sudah lebih 38 tahun nama lejen kumpulan ini terpahat dalam diri peminat. Bukan satu tempoh yang singkat, seiring waktu, ada dalam kalangan anggotanya yang sudah bergelar atok-atok, namun jika ditoleh sekali pandang mereka kelihatan masih sihat dan gagah seperti dulu, apatah lagi tetap lincah dan padu ketika beraksi di pentas.

Pada awal penubuhannya, Wings dianggotai oleh enam anggota asal yang terdiri daripada Datuk Awie (penyanyi), Syam (gitar utama), Baharom (gitar kedua), Zul (keyboard) Eddie (bass) dan Jojet (dram). Dalam pada keluar masuk anggota dek pelbagai faktor, rata-ratanya masih kekal sebagai rocker hingga ke hari ini.

Teruja sungguh peminat apabila Awie berkongsi akan sosok dirinya bersama kelibat anggota kumpulan Wings yang lain di hantaran IG nya ini. Tak kurang yang merasakan setidak-tidaknya dapat mengubat rindu, apatah lagi mereka yang sezaman dengannya mengimbau nostalgia.

Kolaborasi terbaharu mereka kali ini dikatakan bagi membuat persembahan khas Ramadan. Ya selari perkembangan semasa, Wings juga tidak ketinggalan mengikut arus media sosial. Lihat saj4lah perkongsian Awie menunjukkan beliau dan rakan-rakan beraksi untuk TikTok.

Maklum akan masing-masing sudah menginjak usia remaja purba, gelagat mereka cuba mengikut trend bersama merendahkan badan dengan melipat sedikit bahagian lutut untuk mengikut alunan muzik agak mencuit hati.

Kalau yang muda barangkali tiada masalah, pun begitu lazimnya tidak pada yang agak berusia. Apa pun ramai yang kagum dengan aksi tersebut yang berjaya dilakukan. Tak kurang netizen yang mengusik akan kekuatan lutut mereka. Haa.. macam tu pun boleh. Siapa sangka rockers pun sporting berTikTok.

“Tok dah melawan hukum rocker ni. Ni semua poyo”, “Jngan sampai koyak seluar sudah”, “Muakakakaka.. comel”, “Lutut semua tiptop”, “aduh kelakar giilaa, semua rockers kena pksa”, “Power lutut”, “Nasib lutut okey”, “Adus standard uols lg tinggi Dari TikTokers, jgn la buat benda pelik2”. Itu antara komen netizen.

Apa pun mereka memang sporting. Ramai yang ingat jiwa rock tu keras, tapi siapa sangka terjebak juga mereka dengan aksi TikTok ni. Okey la tu… Rockers otai juga manusia biasa yang pastinya ada masa memerlvkan sesuatu yang boleh meleg4kan tekanan atau buat fun bukan?

Sehingga kini kumpulan Wings telah menerbitkan lebih 11 buah album studio tidak termasuk album kompilasi, live dan album studio bersama Search. Hampir kesemua album Wings berjaya mencapai jualan ketahap Anugerah Platinum, Anugerah Double Platinum, Anugerah Tripple Platinum dan sehingga ke Anugerah Quadraple Platinum.

Album studio Wings ke-11, Menakluk Kosmos (2014) telah terjual sebanyak 10,000 unit. Wings turut tidak ketinggalan untuk menceburi dalam industri perfileman yang telah pun muncul sebanyak enam buah filem dan antaranya ialah Pemburu Bayang (1993) dan Leftwings (2012).

Sumber: IG Datuk Awie

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!