“Datin tlg la nyanyi sorg2 jgn berduet dgn Dato” – Netizen

Sempena raya tahun ini Dato Aliff Syukri telah muncul dengan lagu raya terbaru beliau berjudul Kelepak Kelepuk Raya. Muzik Video lagu raya tersebut pula bakal di lancarkan secara rasmi di saluran Youtube milik Rusa Muzik pada hari rabu nanti pada jam 12 tengahari. Dato Aliff juga turut berkongsi beberapa video teaser klip video lagu nyanyian beliau tersebut di Instagram miliknya buat para peminat.

Bagaimanapun klip video berkenaan yang memaparkan keadaan pakaian para penari lelaki yang juga menari dengan gerak tari yang kurang manis telah mengundang kec4man terhadap Dato Alif Syukri.

Dato Alif baharu sahaja memuatnaik teaser video klip tersebut di instagramnya namun dalam tempoh kurang 24 jam, pelbagai reaksi netizen terhadap video klip tersebut telah di terima.

Hampir 5 ribu komen telah di tulis oleh para netizen yang mengec4m tingkah laku dan pakaian para penari di dalam video klip Dato Alif Syukri itu.

Apatah lagi, ibu kepada Dato Alif sendiri iaitu Bonda Rozita Ibrahim juga turut meningglkan komen yang menegur anak lelakinya itu kerana bersetuju untuk merakamkan video klip lagu hari raya dengan konsep sedemikian.

Nyanyian dan suara Dato Aliff mendapat kritikan hebat netizen. Malahan aksi beberapa orang lelaki di dalam video berkenaan yang kelihatan menari sambil menyanyi bersama Dato di rasakan tidak sesuai muncul di dalam klip video tersebut.

Respon daripada para peminat juga agak mengecewakan kerana gerak bibir nyanyian Dato Alif tidak seiring dengan muzik walaupun menyanyikan lagunya sendiri.

 Sebagai rekod, Dato Alif telah terjn ke dunia seni apabila menyanyikan lagu pertama beliau bersama Sajat berjudul Abang Nak Tegur beberapa tahun lepas.

Dato Aliff kemudiannya turut menjadi pelakon apabila menjadi teraju utama menerusi filem Badang bergandingan dengan pelakon hebat seperti Fasha Sandha dan juga Fauzi Nawawi.

Dato Aliff pernah muncul dengan beberapa lagu. Antaranya ialah lagu Bobo dimana berkolaborasi dengan penyanyi Indonesia Lucinta Luna.

Beliau juga pernah mencipta kontr0versi apabila melakukan gimik menjayakan aksi menangis air mata berdrah menerusi klip video lagu Cuba Bahagia di mana klip lagu tersebut menjadi tular dan meraih sehingga 2.8 juta tontonan di saluran youtube.

Terbaharu, menerusi instagram milik Datin Shahida, isteri kepada Dato Aliff Syukri itu berkongsi satu video yang memaparkan beliau sedang dalam proses merakamkan lagu.

Menurut Datin Shahida, beliau hanya menuruti permintaan suaminya yang mahukan beliau untuk menjadi rakan duet bagi menyanyikan lagu terbaru bersama suaminya itu.

Tambah Datin Shahida, lagu berkenaan berkisarkan mengenai kisah pasangan suami isteri yang bergduh di pagi raya di sebabkan sukar untuk membuat keputusan mengenai giliran pulang ke kampung.

Tidak mahu mencipta kontr0versi seperti suaminya, janji Datin Shahida lagi bahagian nyanyian beliau hanyalah yang murni sahaja.

Namun menerusi video yang dikongsikan itu, Datin Shahida di tegur oleh Dato Alif mengenai cara nyanyian yang betul. Tidak lokek berkongsi ilmu, Dato Alif kemudiannya menunjukkan cara nyanyian yang betul kepada Datin Shahida.

Menjengah keruangan komen, rata-rata peminat merasa terhibur apabila melihat Dato Alif menunjukkan cara menyanyi dengan betul kepada Datin Shahida.

Umum mengetahui bahawa Datin Shahida sebelum ini merupakan salah seorang anggota kumpulan nasyid Solehah bersama penyanyi Bienda.

Jika di fikirkan, Datin Shahida sudah terlebih dahulu mempunyai pengalaman menyanyi malahan mempunyai suara yang lebih merdu.

Di sebabkan itu, ramai netizen yang mengusik kelakuan Dato Alif yang cuba mengajar Datin Shahida menyanyi dengan teknik yang betul. Berikut dikongsikan komen- komen netizen buat pasangan ini.

Mengenali Dato Aliff, beliau seorang yang tidak mudah berputus asa dalam apa juga yang beliau lakukan. Minat Dato Aliff terhadap nyanyian tidak pernah pudar.

Kelihatan beliau berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai hasratnya dalam bidang nyanyian. Mudah mudahan sesi rakaman lagu duet Dato Alif dan Datin Shahida berjalan lancar.

Sumber: ig Datin Shahida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!