Lisa selamat melahirkan bayi lelaki, Yusry bersyukur terima hadiah hari jadi paling bermakna

Tanggal 15 Jun maka genaplah usia pelakon filem Cinta Kolesterol iaitu Datuk Yusry Abdul Halim yang 48 tahun. Bagaimanapun sambutan hari lahir penyanyi dan juga pengarah itu cukup bermakna apabila isterinya Datin Lisa Surihani telahpun selamat melahirkan anak ketiga mereka pada jam 2.30 pagi tadi. Cahaya mata ketiga ini yang merupakan seorang bayi lelaki masih belum di dedahkan kepada umum.

Datuk Yusry mendirikan rumahtangga bersama pelakon Lagenda Budak Setan iaitu Datin Lisa Surihani pada tahun 2012. Hasil pernikahan mereka selama 9 tahun, mereka kini dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Datuk Yusry sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama primadona Erra Fazira pada 2003 namun mereka kemudiannya berpisah setelah 3 tahun berkahwin.

Sekitar bulan Februari yang lalu, para peminat membuat spekulasi mengenai kehamilan Datin Lisa kerana melihat perubahan pada bentuk badan isterinya.

Beberapa gambar Datin Lisa telah mendapat perhatian para peminat yang menjangkakan pelakon berkenaan sedang hamil. Bagi menjelaskan keadaan, Datuk Yusry tampil mendedahkan bahawa isterinya sememangnya hamil anak ketiga.

Datuk Yusry membuat pengumuman mengenai kelahiran tersebut itu dengan berkongsi sekeping gambar beberapa barangan bayi lelaki yang tertera “it’s a boy” namun masih belum mendedahkan wajah bayi mahupun nama anak ketiganya itu.

Perkongsian itu dibuat oleh Datuk Yusry menerusi instagram beliau tengahari tadi. Menurut beliau lagi, isterinya dan bayi mereka kini berada dalam keadaan sihat dan beliau memanjatkan kesyukuran di atas hadiah hari jadi yang paling bermakna itu.

Ruangan komen di instagram beliau dihujani ucapan tahniah atas kelahiran anak ketiga. Tidak kurang juga yang turut membuat ucapan selamat hari lahir. Berikut dikongsikan komen rakan-rakan artis dan juga para peminat beliau.

Tahniah buat Datuk Yusry dan juga Datin Lisa atas kelahiran cahaya mata ketiga mereka. Seronok juga jika punyai tarikh kelahiran yang sama dengan ahli keluarga yang lain.

Meriah majlis hari jadi. Nanti tahun depan boleh sambut dan buat majlis hari jadi bersama anak. Selamat berpantang juga diucapkan buat Datin Lisa.

Sumber : ig yusryabdhalim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!