“Hai Siti Nurhaliza” – Tokti

Siti Aafiyah Datuk Khalid merupakan anak sulung kepada pasangan Datuk Khalid Muhammad Jiwa dan penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti. Siti Aafiyah yang dilahirkan pada tanggal 19 Mac 2018 itu telahpun berusia 3 tahun pada bulan Mac yang lalu. Pada bulan April juga Tokti telah selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Muhammad Afwa.

Menurut Tokti nama yang diberikan untuk anak keduanya itu merupakan kesinambungan doa yang beliau ambil sewaktu memberikan nama untuk anak pertamanya Siti Aafiyah dahulu.  Oleh itu Tokti dan suaminya Datuk Khalid sepakat untuk memberikan nama Muhammad Afwa yang bermaksud keampunan atau kemaafan.

Semasa kelahiran Muhammad Afwa, Tokti berkongsi hasrat menerusi saluran youtube beliau yang berdoa agar anak lelakinya itu membesar menjadi seorang pemimpin dan seorang yang mampu membanggakan keluarga.

Menerusi instagram yang diwujudkan oleh peminat Tokti atas nama babyctdk, instagram tersebut berkongsi beberapa video yang memaparkan gelagat anak-anak Tokti iaitu Aafiyah dan Afwa.

Terdapat sebuah video dimana Tokti memanggil anaknya Aafiyah dengan nama dirinya sendiri kerana anaknya itu mempunyai wajah seiras dirinya.

Bagaimanapun Aafiyah yang tersipu malu dan tersenyum berkata kepada ibunya bahawa dirinya bukan Siti Nurhaliza sebaliknya Siti Aafiyah.

Ibarat pepatah mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi, begitu lah yang boleh dikatakan mengenai Siti Aafiyah yang mewarisi kejelitaan dan kelembutan ibunya dalam berbicara.

Para peminat turut mengakui wajah Aafiyah sangat seiras dengan Tokti. Memang sekali pandang wajah Aafiyah saling tak tumpah seperti Tokti ketika zaman muda remaja dahulu.

Bertuah sungguh Aafiyah dapat mewarisi kejelitaan ibunya. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan para peminat.

Siti Aafiyah yang sudah pun menginjak keusia 3 tahun sangat petah bercakap dan sangat cerdik.  Para peminat juga gembira melihat kasih sayang Aafiyah buat adiknya dan mendoakan agar Aafiyah menjadi seorang kakak yang baik dan menyayangi adiknya kelak.

Sumber : ig babyctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!