“Dah la beli barang dapur kena guna duit sendiri” – Scha Al-Yahya

Siapa yang tidak kenal lagi dengan pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya ini yang sememangnya sudah mendapat liputan dan populariti tinggi sejak mereka bercinta lagi. Kisah percintaan yang dahulunya ibarat cerita dongeng kerana kesungguhan dan kesabaran Awal ketika mahu mula mendekati Scha yang dikatakan tidak mudah. Dahulunya, ada ura-ura mengatakan Awal mengambil masa selama tiga tahun lamanya bagi menunggu Scha untuk menerima cintanya.

Sehingga pada tahun 2012, pasangan sejoli ini akhirnya berjaya diijabkabulkan dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel. Kedua-dua anak kepada pasangan ini merupakan anak perempuan iaitu Lara Alana dan Lyla Amina.

Siaran langsung yang dibuat oleh Awal Ashaari di laman Instagramnya telah mendapat perhatian dari para peminat sendiri serta warganet dengan tajuk ‘first live bersama Lyla Amina’.

Siaran langsung itu ternyata bukan sahaja sesi live bersama anak bongsunya tetapi telah membuka banyak rahsia antara pasangan suami isteri tersebut.

Video yang berdurasi selama 41 minit tersebut menunjukkan Awal yang sedang menikmati makan tengahari hasil masakan isteri tersayang tetapi telah dicelah oleh Scha pada minit yang ke 16:05 atau 25:05 kerana berasa geram dengan suaminya itu.

Scha telah mengungkapkan kenyataan bahawa Awal tidak memuji masakan yang telah dibuat olehnya malah barang dapur pun harus menggunakan duitnya sendiri.

Walau terdengar berbunyi serius, tapi pasangan sejoli ini sebenarnya sedang bergurau senda antara satu sama lain apabila ketawa mereka akhirnya pecah setelah Scha menghabiskan ayatnya tersebut.

Selain itu, Scha juga ada mengatakan bahawa Awal sangat cerewet dalam pemilihan makanan terutamanya ikan kerana terdapat banyak jenis ikan yang dia tidak mahu makan.

Memang terhibur melihat gelagat pasangan selebriti ini yang sangat sempoi dan tenang berkongsi tentang kehidupan mereka bersama para peminat. Orang ramai turut memuji kedua pasangan ini kerana sikap humoris dan kemanisan rumahtangga mereka berdua.

Dari video tersebut, ramai yang meminta untuk Scha pula untuk membuat siaran langsung bagi berkongsi resipi masakan kerana melihat keenakan aneka lauk yang dimakan oleh Awal.

Beruntung Awal, bukan sahaja cantik Scha juga sangat pandai memasak. Didoakan agar hubungan mereka akan kekal harmonis hingga ke anak cucu.

Sumber: Instagram Awal Ashaari

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!