“Leher tu aurat, tutup betul2”- Netizen

Kelibat pelakon cantik manis ini memang sentiasa mendapat tempat di hati peminat bukan sahaja dari negara asalnya, bahkan di Malaysia sendiri. Apa sahaja perkembangan Hannah Delisha cepat sahaja ia diikuti oleh netizen. Dalam masa sama, walaupun sudah berhijab dan agak jarang kelihatan di kaca TV, tetapi Hannah tidak lokek belanja perkembangan terkininya di medsos.

Terbaharu, gamaknya bagi lebih mendekatkan lagi diri dengan peminat, Hannah di IG nya memaklumkan bahawa dia sudahpun mempunyai akaun media sosial yg baharu iaitu TikTok. Dek perkongsiannya itu ramai mengucapkan tahniah kepadanya.

Dengan content ringkas terbaharunya itu, Hannah dilihat hanya menunjukkan aksi dirinya sedang catwalk dan memandang kamera. Begitupun terlihat sebahagian anggota di bahagian lehernya hingga ditegur sebahagian netizen.

“Cantiknya hannah ni. Walaupun dh bertutup sedikit pon tak h1lang kecantikannya”,“Dulu pakai tudung elok je  Hannah please cover you aurat. Inshaallah slow2 okay. Jngan lah tiru artis lain pakai macam ni”, “Leher tu Aurat sayanggg. Sokay, slow2 InsyaAllah, one day u will be better than me and all of us hihi, amin”, itu antara komen netizen.

Jika diikutkan dalam Islam memang aurat wanita itu kesemuanya perlu ditutup kecuali muka dan tapak tangan. Apa pun kadang bukan hanya Hannah, ramai wanita lain pun ada khilafnya. Ja
nganlah gaarang sangat tegur Hannah k…

Huh… prihatin dan tjam sungguh mata netizen ni. Apa yang pasti, sudah tentulah ramai yang sayang pada Hannah tu hingga menegurnya. Apa pun, biarpun sudah berhijab sekitar September tahun lalu, keayuan Hannah sememangnya masih terserlah.

Kita doakan yang baik-baik untuk Hannah sudahlah. Gamaknya dia dan ramai lagi wanita lain sepertinya pun masih lagi dlam proses ‘belajar’ untuk menutup aurat dengan sempurna. Mana tahu, lepas ni lebih elok penampilan Hannah kan…

Untuk info…sejak mula memakai tudung dan berkongsi berita penghijrahan dalam laman Instagram miliknya pada Januari 2021, Hannah memadamkan hampir 800 fotonya yang berimej s3ksi di laman Instagramnya.

Hannah, 25, mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Imam Shah, 33, pada 18 Februari 2021 setelah lima tahun mereka menjalin hubungan bersama. Kedua-duanya Hannah dan Imam Shah merupakan warga berasal dari Singapura.

Apa pun moga yang baik-baik saja buat Hannah. Jangan terlalu ambil hati dengan kata-kata netizen yg menasihat sesedap rasa tu ya. Harap Hannah dan wanita lain dapat terus istiqomah bertudung mengikut syariat seperti didoakan orang ramai buatnya.

Sumber : Ig Hannah Delisha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!