Mereka yang sudah pergi dahulu sebelum kita memang akan pergi dan tidak akan kembali. Apa pun hanya kenangan yang terpahat dalam ingatan ketika bersama diabadikan dalam sanubari untuk dikenang sebelum kita juga bakal menyusulinya. Siapa yang mudah melupakan teman dan sahabat karib yang pernah bekerja bersama. Apatah lagi pernah susah senang untuk menaikkan nama bersama.
Agaknya itulah yang dirasakan pelakon Achey ini apabila tiba tarikh keramat pemergian sahabatnya, Abam Bocey, dia terkenang kembali detik bersama arw4h yang telah terlebih dahulu men1nggalkan kita dua tahun lalu.
“Hari yang tak dapat aku lupakan 10/2” coret Achey di IG nya semalam. Perkongsiannya itu turut mengundang rakan artis dan netizen yang juga terkenang kenangan bersama arw4h yang men1nggalkan banyak kenangan manis buat penonton.
“Al fatihah genap 2 tahun arw4h Abam pergi moga arw4h ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman”, “Tiipu laa kalau tak rindu.., “Al-Fatihah .. kepulangan yang dicemburui..” “Al-fatihah….. Semoga arw4h tenang disana”, “Bila tgk Achey ngan Fad kat pesta…mesti ingat Abam.. Semoga arw4h ditempatkan dikalangan org yang beriman dan beramal soleh… Aamiin”, itu antara komen netizen.
Untuk info, pelawak terkenal, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, ketika itu berusia 32, men1nggal dunia di kediamannya di Gombak, Selangor kira-kira jam 7 pagi, 10 Februari2020 dipercayai akibat demam panas.
Abam mendirikan rumah tangga dengan Siti Nurhidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia sembilan bulan.
Terdahulu, berita pemergian Abam turut disambut hiba masyarakat yang mengikuti perkembangannya. Dilaporkan ribuan yang menyolatkan jen4zah disamping ramai rakan dan agamawan yang hadir memberikan penghormatan terakhir buatnya.
Arw4h juga semasa hayatnya dikatakan taat dan berbakti pada ibu nya, kuat bersedekah dan rajin untuk menghidupkan program dakwah di m4sjid masjid.. Amalannya itu turut viral selepas ketiadaannya. Padanlah ramai yang sayang…
Boro ialah kumpulan pelawak dan sketsa Malaysia yang ditubuhkan pada 2012, dianggotai oleh Mohd Nasir “Achey” Hamzah, Sharid Kunal “Atu” Doli Sharif dan Mohd Fadzlie “Fad” Mohd Nizam. Kumpulan ini meraih kemasyhuran apabila menjadi salah satu kumpulan pelawak yang bertanding di rancangan TV reality Bintang Mencari Bintang.
Pada 30 April 2016, Bocey telah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2016. Biarpun Abam telah tiada, Achey dan Fad memberikan respons bahawa mereka akan meneruskan legasi Bocey sekalipun tanpa Abam.
Sumber : Ig Achey Bocey
Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan
Leave a Reply