“Haa kaki seladang, sama”- Netizen

Masih belum berakhir rancangan Masked Singer Malaysia, seminggu sekali pasti ada topeng yang akan dimuka, dan identiti dibongkarkan. Namun, masih ramai lagi yang belum diketahui identitinya. Begitu juga maskot Seladang. Ada juga yang merasakan Amir Masdi penyanyi yang berada didalam maskot Seladang. Kemungkinan juga kerana cara badan yang sama dan lunak suara.

Amir Masdi, berada di Big Stage untuk persembahan beliau. Namun lain yang dilihat oleh peminat.

Yang diperkatakan oleh netizen juga cara Amir Masdi bergaya semasa sesi bergambar membuat gaya sama seperti Seladang.

Mungkin itulah adalah “klu”, membuatkan ramai lagi netizen yakin bahawa maskot tersebut adalah beliau sendiri.

Jika dilihat gaya beliau yang ke 5, ada sedikit gaya sama seperti Seladang. Pandai artis menyembunyikan identiti mereka sehinggakan memang kabur dengan identiti sebenar mereka.

Memang bintang rocker, namun setiap kali lagu jiwang dan slot balada dinyanyikan pasti peminat merasakan ianya adalah Amir Masdi, dan namanya sudah tiga kali disebut-sebut.

Meskipun gaya kaki sama seperti Seladang ,namun untuk memastikan kena menyingkirkan Seladang lah. Harapnya sampai ke akhir lah Seladang bertahan.

Komen-komen netizen adalah seperti ini, semua mengatakan bahawa Amir adalah Seladang. Inilah komen mereka.

Ramai pula yang berkeyakinan bahawa Amir ialah maskot Seladang. Selalunya jika ramai yang meneka, ia adalah benar. Kita nantikan ye.

Sumber: ig amir.masdi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!