“Legend nyanyi duduk sambil pegang anak, p0wer”- Netizen

Tiada yang baru jika tiada yang lama, begitu juga artis dunia hiburan. Bukan senang untuk artis lama terus menapak dan mengukir nama kerana peredaran zaman yang sentiasa berubah. Namun, masih ada artis yang mampu bertahan dengan bakat yang sememangnya tiada tandingan. Masih relevan meskipun masa kegemilangan sudah berlalu namun masih mampu mempertahankan nama di bidang seni.

Sebagai penyanyi, ramai mengakui untuk menyanyi sambil duduk dengan nada yang tinggi agak sukar. Tetapi tidak bagi penyanyi Dato Jamal Abdillah.

Dapat mempertahankan namanya di persada dunia nyanyian maalh mempunyai lagu baharu dengan beberapa penyanyi baharu, lebih power apabila boleh menyanyi dengan nada tinggi dalam keadaan duduk.

Sambil memangku anaknya, lagu Ghazal untuk Rabiah dinyanyikan dengan tenang malah hanya duduk ketika note tinggi dinyanyikan.

Anaknya pun pandai pula, selepas srangkap dua lagu dinyanyikan, anaknya menepuk tangan seolah menghargai nyanyian ayahnya.

Perkhawinan Dato dan Datin merupakan perkhawinan keempat beliau, pertama untuk Datin, dan telah dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Azura dan Zack.

Komen memuji cara nyanyian dan suaranya masih sama seperti waktu dahulu, malah ada peminat yang mengikutinya sejak dari dahulu lagi.

Begitu juga peminat yang memuji sifat kasih sayang seorang bapa, yang boleh memangku anak kecilnya sambil menyanyi. Komen-komen netizen antaranya seperti dibawah.

Mungkinkah kedua anak ini juga mengijut jejak langkah Dato ye, sebelum ini dua orang anak Dato juga mengikut jejak langkah sebagai penyanyi, bakat keturunan namanya ini.

Sumber: ig zaiizattidja_

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!