“Lawaklaa abg yg belakang tuuu” – Netizen

Biasanya sekarang ini ramai dalam kalangan kita gemar mengemaskini media sosial sama ada di rumah sendiri ataupun di tempat awam. Kadang dalam merekod video atau hendak membuat konten, tanpa tak sengaja ter’rekod pula benda seram, sedih, lucu dan rare di sekeliling. Bila dikongsikan di medsos sampaikan mengundang pelbagai rasa di hati netizen. Golongan artis juga tidak ketinggalan berdepan situasi seperti itu termasuklah penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau TokTi.

Agak mencuit hati apabila TokTi berkongsi video nya ketika dirakam di tempat awam. Terakam momen seorang lelaki yang seakan mengikut gerak sama seperti TokTi. Tidak pasti sama ada suratan atau kebetulan, aksi lelaki tersebut menarik perhatian.

Sekali pandang seperti sedang berTikTok bersama TokTi, begitupun ketika di zoom rupanya dia dipercayai sedang bercakap dengan seseorang yang terselindung di balik pintu. On point pulak penampakan ketika video tersebut diambil.

Secara berseloroh merujuk kepada aksi lelaki tersebut, kata TokTi beliau tak sangka ada penari latar yang senyap-senyap buat latihan step gerakan tangan tu dek melihat dirinya yang terpaksa buat aksi sama banyak kali kerana tak menjadi.

Gamaknya, kalau lelaki berkenaan terlihat video ada dirinya terakam oleh TokTi ini pasti berasa bangga. Silap haribulan boleh dapat ‘royalti’. Apa pun TokTi memang sporting habis. Kat tempat awam pun boleh buat TikTok.

“Lawaklaa abg yg blkg tuuu”, “Apsal kelakar sangat ni?”, “Haha… Sian yg belakang tu nak interprame sekali”, “Nasib baik dia tak tau tu ctdk”, “Bakal menantu kot lelaki belakang tersama step tu”. Itu antara komen netizen.

Apa pun tak kurang netizen yang komen bahawa menjadi lawak TokTi kali ni. Apa pun memang sejak akhir-akhir ini, konten-konten beliau banyak yang menarik termasuk yang mencuit hati. Pendek kata sense of humour TokTi memang boleh tahan juga.

Mula terjebak berTikTok sejak hujung tahun lalu, nampaknya makin ramai peminat dan netizen di maya yang gemarkan aksinya yang berkongsi di media sosial. Mana taknya selain berkongsi aktiviti hidup, konten dikongsikan TokTi tak dinafikan banyak yang terlihat comel saja.

Sekali berTikTok hasilnya jarang sekali tidak mengecewakan sama seperti persembahan TokTi di pentas nyanyian yang sememangnya padu dan mantap. Sekurang-kurangnya terhibur jugalah peminat. Buatlah apa saja semua nampak comel.

Sehingga kini TokTi telah memenangi lebih 300 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara. Rentetan itu beliau telah muncul sebagai satu-satunya penyanyi dan anak seni paling berjaya di dalam sejarah industri hiburan di negara ini. Di TikTok pun menghiburkan…

Sumber : IG CTDK

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!