“Dia dapat rasa camera nk smpai, terus tido sopan eh” – Norman Hakim

Tidur adalah saat paling santai buat seseorang. Kerana rileks nya ketika itu, pelbagai rupa dapat dilihat tatkala melelapkan mata. Ada pelbagai wajah hingga mengundang rasa lucu. Kata orang ketika itulah rupa sebenar dapat dilihat. Begitupun, kadang tak semua dapat tidur yang lena tambah kalau bukan di katil sendiri.. dah macam tidur-tidur ayam. Jadi, wajah ketika tidur itu maintain sajalah. Macam perkongsian pelakon, Norman Hakim ini…

Dalam hantarannya, Norman berkongsi keadaan ahli keluarga dan orang terdekatnya yang sedang tidur di dalam bas, termasuklah bekas isterinya, Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Faizal Zakari. Kata Norman sebelum ini dia yang asyik di ‘Che la luna’kan.

Maksudnya barangkali videonya selalu diambil dengan latar belakang lagu Che La Luna, kali ini Norman sendiri mengambil video mereka. Begitupun kongsi Norman di kapsyen hantarannya, mereka dapat rasakan kamera nak sampai terus tidur sopan.

Menariknya, Abby membalas dengan mengatakan dia ada ‘aura’ ke 7. Padanlah seperti ramai netizen yang komen di hantaran IG Norman itu, Abby masa tidur pun cantik. Begitupun, apa lebih menarik perhatian netizen ialah keadaan anak sulung Norman dan Abby, Mohamed Danish Hakim ketika tidur.

Mana taknya, masa tidur pun Danish dilihat memegang al-Quran. Lazimnya anak remaja dilihat lebih suka bersama gajet, komik dan bahan bacaan lain, tapi tidak bagi anak tahfiz ini. Untungnya Norman dan Abby.

“Tidur pun comey semuanya”, “Paling suka anak sulungnya pegang al-Quran”, “Terhibur lihat gelagat keluarga ini, MasyaAllah”, “Wah sampai sewa satu bas”. Itu antara layangan komen netizen.

Gamaknya sempena cuti sekolah, terdahulu menurut Norman keluarga besarnya termasuk Abby memilih bercuti di Terengganu. Mahu memberikan pengalaman baharu buat anak-anak, mereka memilih untuk menaiki bas. Difahamkan mereka hendak bercuti di pulau.

Melalui banyak perkongsian di hantaran medsos Norman dan Abby, mereka mereka acap berkongsi momen aktiviti bersama keluarga mereka. Ramai yang kagum dengan hubungan baik dua keluarga ini demi anak-anak walaupun mereka sudah berpisah.

Norman pernah berumah tangga dengan Abby dan mempunyai tiga orang anak iaitu Mohd Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Kedua-dua pasangan ini berpisah pada April 2006.

Semoga kasih sayang antara keluarga ini utuh sampai bila-bila. Paling suka melihat usaha mereka berbaik demi anak-anak, bahkan memberi inspirasi kepada lebih ramai ibu bapa di luar untuk tetap mengutamakan cahaya mata walaupun tidak lagi bersama.

Sumber : IG Norman Hakim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!