“Kaki tu memang kena menggeletis macam tu ke”- Netizen

Golf antara salah satu sukan yang sering dimain oleh golongan elit dan penggemar sukan golf. Malah golongan selebriti pun ramai juga menghabiskan waktu lapang mereka dengan bermain sukan golf ini antaranya Shuib dan Sharnaaz. Jangan terkejut, Sharnaaz pun dah mula bergiat aktif dalam sukan golf sejak akhir akhir ini.

Walaupun Sharnaaz sibuk dengan rutin hariannya, sukan golf masih tidak dilupakan. Beliau sempat berkongsi video bermain golf baru baru ini.

Namun, perkara lain menjadi perhatian apabila kapsyen ditulis Sharnaaz pada posting video beliau bermain golf memberi sesuatu makna yang tersirat.

“Sibuk dengan dunia saya sendiri, pergi jauh dari toksik dan negatif”, itulah kapsyen yang ditulis Sharnaaz pada posting video tersebut. Jika dilihat Sharnaaz ini pun seorang yang suka membuat hal dirinya sendiri dan tidak masuk campur urusan peribadi orang lain.

Dalam pada itu, posting Sharnaaz itu telah menerima pelbagai respon daripada netizen dan menerima 30,000 tanda suka.

Sebahagian netizen mengusik Sharnaaz di ruangan komen dan akui lebih suka melihat Sharnaaz yang terkini serta lebih melucukan.

Bercerita tentang Sharnaaz, ada ura-ura mengatakan beliau dan Shila Amzah saling berhubung melalui mesej. Netizen juga nampaknya teruja tatkala mendengar gosip tentang Sharnaaz dan Shila kembali berhubung sebagai kawan memandangkan mereka berdua sudah berstatus solo.

Melihat perkembangan Sharnaaz yang terkini, beliau sibuk menguruskan anaknya Jebat dan sentiasa berkongsi videonya bersama Jebat. Sharnaaz banyak menghabiskan masa dengan Jebat di kala anaknya sedang membesar.

Jebat juga antara si cilik yang menjadi tumpuan netizen Ada saja kerenahnya yang mencuit hati netizen dan menghiburkan orang ramai.

Amboi Sharnaaz, sejak akhir-akhir ni dah sibuk main golf. Bukan iasa biasa ya sukan favourite Sharnaaz ni, level2 Tan Sri dah ni. Bila lagi nak join main golf dengan Shuib pulak, masing masing dah nampak pro dah…

Sumber: Instagram Sharnaazahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!