“Lama tak tengok Fathia berlakon”- Netizen

Pasang surut dalam dunia hiburan itu adalah perkara biasa. Ada masa popular, ada masa tiada tawaran berlakon. Itulah turun naik dalam dunia hiburan. Produksi yang menentukan pelakon mana yang mereka mahukan, bukan para pelakon yang boleh menentukan. Itulah yang berserah kepada rezeki masing-masing. Begitulah kesukaran dalam mencari rezeki, bukan senang sentiasa.

Nur Fathia, seorang pelakon yang pernah popular suatu masa dahulu dengan lakonan bersama Shukri Yahaya di dalam drama Dia Isteri Luar Biasa.

Lihat di laman ig beliau, beliau ada memuat naik satu gambar yang mana filem akan ditayangkan di Astro First. Lalu semua peminat memberi reaksi yang gembira kerana sudah lama menantikan kemunculan lakonan dari Fathia.

Digandingkan dengan Kamal Adli, dan berlakon di Barcelona, sesuatu yang menarik terus berlakon di sebuah filem. Menaikkan namanya semula jika filem ini mendapat sambutan yang baik. Pandai sungguh produksi membuatkan Fathia menjadi dengan watak utama.

Sesuatu yang peminat dan penonton amat suka ialah romantik, ‘sweet-sweet’ gitu. Itulah kunci untuk sesebuah filem atau drama, dan ini merupakan filem romantik, mungkinkah dapat meminat penonton.

Semoga Fathia terus aktif dalam dunia hiburan kerana ramai peminat menyukai lakonan beliau, dan karakter jujur beliau.

Produksi filem ini Azura Pictures, yang mana sebelum ini pihak produksi itu pernah menerbitkan drama Mencari Mardihatul dan filem Halimunan.

Diharapkan kembalinya Fathia didunia lakonan akan terus mendapat kembali tawaran-tawaran berlakon kerana peminat amat merindui lakonan beliau. Dan semoga terus berjaya didalam dunia hiburan.

Semoga gandingan mereka juga berjaya. Taksabar pula nak menonton filem tersebut, akan ditayangkan 4 hari lagi. Selamat menonton.

Sumber: ig fatiyalatif

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!