“Saya berani bersumpah lgsung tidak tahu kedatangan beliau” – Iqbal

Sejak bulan lepas, hangat diperkatakan mengenai keputusan Dato Vida dan bekas PA beliau iaitu Ahmad Iqbal untuk mendirikan rumahtangga pada bulan Disember nanti. Bagaimanapun hasrat pasangan berkenaan untuk mendirikan rumahtangga berkemungkinan besar tidak dapat diteruskan berikutan mendapat tentangan hebat daripada anak Dato Vida sendiri iaitu Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen. Cik B tidak merestui pernikahan tersebut kerana bimbang ibunya itu akan dikecewakan lagi berdasarkan pengalaman perkahwinan Dato Vida yang lalu.

Cik B juga berkata, beliau sebenarnya tidak pasti adakah ibunya itu benar – benar serius dengan keputusan untuk bernikah ataupun sekadar melakukan gimik promosi produk memandangkan ibunya itu sudahpun berusia. Namun bagi dirinya sendiri, cukuplah beliau pernah mempunyai 5 orang ayah hasil perkahwinan Dato Vida sebelum ini.

Terdahulu, Ahmad Iqbal dalam satu kenyataan beliau sebelum ini pernah mendedahkan bahawa dirinya mampu memberikan nafkah sebanyak RM1 juta sebulan kepada bakal isterinya.

Malahan beliau dan Dato Vida juga sebenarnya sudah hampir berkahwin pada tahun 2018 namun tidak kesampaian atas sebab-sebab tertentu.

Kisah pasangan ini untuk berkahwin mendapat perhatian meluas sehinggakan anak-anak Dato Vida iaitu Cik B dan juga Kacak juga menerima tempias daripada kisah perkahwinan mereka.

Menurut Iqbal, Dato Vida masih lagi tidak memberikan keputusan untuk meneruskan perkahwinan mereka ataupun tidak sehingga menyebabkan Iqbal menjadi sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan mereka.

Dato Vida pernah memohon maaf kepada Iqbal diatas tindakan anak-anak beliau yang memberikan kenyataan di media sosial mengenai perancangan mereka untuk bernikah.

Namun Iqbal bagaimanapun berkata, beliau sudah membatalkan tempahan dewan untuk perkahwinan beliau dan Dato Vida yang dijangka berlangsung bulan Disember nanti. Dedah Iqbal lagi, beliau juga sudah lama tidak berhubung dengan Dato Vida.

Terkini menerusi Instagram story Ahmad Iqbal, beliau mendedahkan bahawa malam tadi Dato Vida telah berkunjung ke kediaman beliau sekitar jam 3 pagi. Dato Vida ditemani oleh anak lelakinya Kacak datang ke kediaman beliau tanpa memaklumkan perkara tersebut terlebih dahulu kepadanya.

Apa yang lebih menghairankan beliau adalah beliau tidak pernah memaklumkan alamat kediamannya kepada sesiapa dan terkejut dengan kehadiran Dato Vida secara mengejut itu.

Jelas Iqbal lagi, tindakan Dato Vida itu seolah-olah seperti menceroboh kerana kehadirannya yang tidak diundang tambahan pula beliau juga merahsiakan alamat kediaman beliau daripada pengetahuan sesiapa sebelum ini.

Beliau yang tidak menjangkakan kehadiran Dato Vida itu pada mulanya menyangka tetamu yang hadir itu adalah adiknya. Iqbal berkata beliau tidak bersedia dan tidak berpakaian lengkap untuk menyambut kehadiran Dato Vida. Mujurlah keadaan ketika itu gelap.

Kongsi Iqbal lagi menerusi beberapa video di Instagram story, kehadiran Dato Vida itu adalah untuk menyerahkan sebentuk cincin permata jenis tanzanite biru sambil memakainya di hadapan Iqbal.

Iqbal berkata beliau juga tidak mampu untuk melayan tetamu yang hadir secara mengejut tambahan pula emosi beliau juga tidak berapa baik. Tegas Iqbal lagi, cincin yang ditinggalkan oleh Dato Vida kepadanya itu akan beliau pulangkan kembali dan tidak akan sesekali memakainya.

Beliau yang tidak berpuas hati juga turut berkata akan menyiasat perkara berkenaan kerana hairan bagaimana kenderaan Dato Vida boleh dibenarkan untuk masuk ke kawasan kediaman beliau memandangkan kediaman berkenaan di awasi oleh CCTV dan mempunyai dua tapisan pondok keselamatan.

Iqbal turut berkongsi perbualan beliau memarahi pengawal keselamatan kerana membiarkan perkara tersebut berlaku. Malahan sebelum ini kebiasaannya pengawal keselamatan akan menghubunginya terlebih dahulu sekiranya mempunyai pelawat apatah lagi pada lewat malam.

Iqbal juga sempat berkata, apa yang berlaku itu bukanlah lakonan mahupun semata-mata promosi demi mendapatkan perhatian netizen. Beliau berani bersumpah bahawa beliau langsung tidak tahu mengenai kedatangan Dato Vida.

Iqbal berkata tujuan beliau berkongsi kehadiran Dato Vida itu ke kediaman beliau tanpa pengetahuan supaya ianya tidak diputar belitkan oleh sesiapa. Menurut Iqbal lagi, Dato Vida juga sempat berpesan agar beliau pergi berubat kerana dirinya seolah sudah terkena buatan orang.

Sebagai rekod, Dato Vida pernah mendirikan rumahtangga beberapa kali. Perkahwinan pertama Dato Vida adalah bersama bapa kepada Cik B dan Kacak iaitu Mohd. Amin Yassin.

Mereka bernikah pada tahun 2000 dan bercrai pada 2008. Hasil perkahwinan itu, Dato Vida dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikree, Edlynn Zamileen dan Muhammad Eric Zaquan.

Namun begitu, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikree mngal dunia dalam satu kebakaran di rumah Dato Vida di Ipoh pada tahun 2013. Kali terakhir Dato Vida mendirikan rumah tangga bersama Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014 namun kemudiannya bercrai pada 7 April 2017. Apalah agaknya kesudahan hubungan Iqbal dan Dato Vida ni ya.

Sumber : Instagram ahmad iqbal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!