“Lagu sedap bila dinyanyi dengan org betul”- Netizen

Semua individu mempunyai bakat dan skil yang tersendiri. Kebolehan dalam sesuatu perkara itu sebenarnya terlahir dari minat seseorang itu. Namun, tidak semua orang boleh memperoleh pelbagai bakat dalam 1 masa. Sebagai manusia biasa, telah disebut bahawa manusia ini dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi apabila sesorang itu sudah tahu apa kebolehan mereka, mereka perlu manfaatkan kelebihan itu dan simpan elok-elok kekurangan yang terdapat dalam diri kita.

Siapa lagi tidak mengenali usahawati terkenal tempatan yang sentiasa dipenuhi kontroversi iaitu Dato’ Seri Vida. Beliau adalah seorang ahli perniagaan produk kecantikan dan beliau sering kali dilihat sebagai usahawan yang bersifat ceria di dalam sosial medianya.

Beliau juga adalah seorang ibu kepada 2 anaknya iaitu Cik B dan Kacak. Satu yang boleh dilihat pada Dato’ Seri Vida adalah beliau adalah seorang yang mempunyai sifat keyakinan diri yang tinggi.

Beliau bukan sahaja mempunyai perniagaan yang maju tetapi beliau juga mempunyai 2 lagu single dimana yang pertama dibikin pada 2017 berjudul ‘I am me’ dan single kedua beliau iaitu ‘Ku Ikhlaskan’.

Beliau mula mempromosikan lagu single beliau tersebut pada pertengahan bulan Mac 2022 lalu. Video beliau itu mendapat pelbagai jenis komen dek termasuklah dari suara beliau hingga ke busana yang dikenakan beliau dalam videoklip lagu tersebut.

Baru-baru ini, dilaman ig Era.je mengongsikan sebuah video dimana Dato’ Seri Vida meminta Ara Johari menyanyikan sedikit lirik lagu beliau. Dan dilihat dari video tersebut, Ara menyanyikan lagu Dato’ Vida dengan merdu sekali.

Setelah Ara selesai menyanyi, Dato’ Vida pula menyambung nyanyian Ara itu dan Ara sempat memuji suara Dato’ Vida dan berpesan kepada netizen bahawa ‘practice makes perfect’ dan jangan mengecam dahulu. Namun, lagu baharu Dato’ Vida tersebut sememangnya mendatangkan pelbagai kontroversi dan ramai juga yang meminatinya.

Netizen juga merasakan bahawa Ara Johari lebih sesuai menyanyikan genre lagu seperti lagu Dato’ Vida itu. Dan ada juga yang mengatakan bahawa lagu Dato’ Vida jika dinyanyikan oleh orang yang betul-betul mempunyai bakat, lagu itu akan sedap didengari.

Dato’ Vida adalah seorang yang berwawasan tinggi dan sebagai seorang usahawan, beliau pasti mempunyai motif yang tersendiri untuk mendapatkan lebih ramai pengikut dalam laman ignya. Seorang usahawan seperti Dato’ Vida pasti mahu syarikatnya menjadi lebih maju dan mungkin ini antara strategi beliau dalam menaikkan bisnes beliau.

sumber : instagram era.je

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!