“Semua cantik, agaknya dalam per0t dah pandai bersolek kot”- Netizen

Jika umur sudah meningkat dewasa, pasti terdetik di dalam hati kerinduan pada kenangan-kenangan sewaktu masih kecil dan juga di zaman sekolah. Hanya foto saja yang boleh dijadikan ubaat kepada kerinduan tersebut apabila dilihat. Kenangan sewaktu kecil yang penuh dengan kebahagiaan tanpa perlu memikirkan masalah adalah kenangan yang paling berharga sekali untuk dilupakan.

Adik-beradik berdar4h kacukan Scotland dan Melayu ini memang sering mendapat perhatian netizen kerana terkenal dengan wajah mereka yang persis mat salleh. Terutama sekali buat artis cantik yang bernama Fatimah Rohani atau lebih popular dengan nama Emma Maembong ini yang terkenal dengan kecantikan dan wajahnya yang putih melepak.

Walaupun Emma berwajah mat salleh, tetapi bila sudah buka mulut pasti ramai yang terkejut apabila dia mula berbahasa loghat Terengganu. Sejak pencer4ian kedua ibu bapanya itu, dia serta sebelas adik-beradik yang lain telah memilih untuk tinggal bersama bapa yang merupakan seorang peluukis terkenal tanah air.

Selain Emma, Chacha Maembong dan Beby Maembong yang merupakan adik dan kakak kepada Emma juga terkenal dalam kalangan netizen. Memilih platform hiburan dan lakonan sama seperti kakaknya, Chacha juga tidak kurang hebat dalam bidang lakonan serta permodelan tanah air.

Berbeza dengan Emma dan Chacha, Beby Maembong pula lebih fokus dalam bidang perniagaannya di media sosial. Dia juga sangat terkenal dengan rambutnya yang sangat panjang dan ikal berwarna merah sehingga dipanggil sebagai duyung kerana kemampuannya yang mampu menyelam lama didalam air.

Memuatnaik video mereka bertiga dengan menggabungkan gambar sewaktu kecil ternyata telah mendapat perhatian ramai netizen yang terpegun melihat gambar sewaktu mereka masih kanak-kanak. Tidak menghairankanlah kalau sekarang pun adik-beradik ini sudah sememangnya cantik, ternyata kecantikan mereka memang alami sejak dari kecil lagi.

Video yang dimuatnaik oleh Emma itu telah mandapat komen ramai netizen sehingga ada yang mengulang video tersebut berkali-kali disebabkan suka melihat kecomelan tiga beradik ini. Ada juga yang mengatakan bahawa wajah Emma pada waktu kecil persis sekali wajah puteranya iaitu Shariq Arshan Gabriel.

Jika masing-masing sudah dewasa, seronok sangat bila dapat lihat kembali foto-foto kenangan bersama rakan dan adik-beradik. Lebih seronok lagi kalau dapat tengok kesemua sebelas gambar adik-beradik Maembong untuk memastikan bahawa benar atau tidak wajah kacukan mat salleh ni memang lebih kurang sama je waktu kecil.

Sumber: Instagram Emma Maembong

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!