“Hanya nak doakan moga wife Abg Fizo terus istiqomah” – Netizen

Sejak bernikah kali kedua 21 Oktober lalu, nampaknya warna warni hidupnya dan pasangan menarik perhatian. Apa tidaknya, selain kisah dengan bekas isteri, pasangan baharunya pula tak kurang heloknya. Sudah pasti akan menarik perhatian netizen. Mempunyai pengikut lebih 2.3 juta di Instagram nya, tentulah apa sahaja dilakukan dan perubahan dilihat akan menancap banyak mata yang memandang. Itulah yang didepani pelakon dan usahawan muda, Fizo Omar dan isterinya, Fazeera Nazri Aziz ini.

Jika sebelum ini ramai maklum akan ketrampilan Fazeera yang tidak berhijab, berkongsi hantaran tentang dirinya dan wanita itu di IG, penampilan bekas pramugari syarikat penerbangan antarabangsa itu menarik perhatian.

Apa tidaknya kelihatan lebih manis dengan imejnya yang bertutup litup, tak kurang yang terpegun dengan kecantikannya dalam berhijab dan mendoakan agar Fazeera dapat istiqomah meneruskannya.

Menggunakan nama IG @ffezyranesry, dalam pada itu, Fazeera menulis di ruangan komen hantaran Fizo itu dengan: “Thanks syg for bringing me to the right path” (Terima kasih sayang membawa saya ke laluan yang betul).

Moga apa dimaksudkan Fazeera, bukan sahaja ‘ke laluan betul’ iaitu usaha Fizo membawanya menyertai sebuah program latihan kemahiran itu, tetapi juga bermakna membawanya ke jalan benar sebagai seorang Mvslimah. Aamiin…

“Hanya nak doakan moga wife Abg Fizo terus istiqomah”, “Alahai tampak manisnya bila berhijab. Moga Allah mudahkan urusan kalian”, “Cantik isterinya dah bertudung. Tahniah”,

“MasyaAllah cantik ya isteri Fizo bertudung, ayu”, “Kan.. manisnya dipandang pakai tudung”, “Babyface selepas berhijab”. Itu antara komen netizen.

Begitupun, tak dapat pula dipastikan sama ada Fazeera benar-benar telah bertukar imej berhijab pada masa ini, atau hanya sedemikian ketika mengikut program terbabit yang disertainya bersama suaminya itu.

Apa pun ramai mendoakan moga Fazeera yang kini sedang berbadan dua dapat meneruskan imej berhijab. Ya lah, ramai netizen yang suka dengan penampilan sebelum ini yang berlemah lembut. Kalau berhijab pasti lebih manis kan…

Untuk info, Fizo sebelum ini dikatakan hanya berkenalan dengan isterinya, Fazeera selama setahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dengan wanita itu yang merupakan seorang bekas pramugari yang berpangkalan di Doha, Qatar sebelum ini.

Pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun berpisah pada 10 Julai 2019, hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam, 5.

Sumber : IG Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!